Dr Maza Kecam ADUN Kajang Letak Jawatan

Sesuatu yang pasti ialah, sekiranya Anwar Ibrahim atau Wan Azizah tidak dilantik sebagai Menteri Besar, lebih banyak demonstrasi dan kacau bilau akan berlaku di Selangor. Anwar Ibrahim yang gagal masuk ke Jepun pun, semua pihak hendak dipersalahkan, sehinggakan ada pula si bodoh yang menyatakan rakyat Malaysia tidak dibenarkan masuk Jepun kerana masalah Malaysia tak bayar hutang Jepun. Sedangkan ribuan rakyat Malaysia berulang-alik ke Jepun dan Malaysia setiap hari tanpa sebarang masalah.
Anwar Ibrahim tidak dibenarkan masuk Jepun kerana status dirinya iaitu bekas banduan yang disabitkan dengan kesalahan dan dihukum penjara lebih setahun.

Sudahkah rakyat Selangor terutama sekali orang Melayu yang kuat menyokong PKR dan Pakatan Rakyat bersedia untuk melakukan demonstrasi besar-besaran setiap hari untuk memastikan Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor?

Rasa-rasanya mereka sudah sentiasa bersedia untuk berbuat begitu. Apatah lagi memberikan kemenangan besar kepada Anwar Ibrahim di kawasan yang boleh dikatakan amat mustahil untuk UMNO dan MCA kuasainya!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana