4 lelaki larikan van keselamatan bawa wang tunai RM3.3 juta

KUALA SELANGOR: Empat lelaki melarikan sebuah van syarikat keselamatan yang membawa wang tunai RM3.3 juta dalam kejadian samun di sebuah stesen minyak di Ijok, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, empat pengawal keselamatan yang berada di dalam van turut dilarikan ke sebuah ladang kelapa sawit yang terletak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian sebelum suspek membakar van berkenaan selepas memindahkan sembilan beg berisi wang ke kenderaan lain.

Jurucakap polis berkata, dalam kejadian itu, dua pengawal keselamatan terbabit melecur dan dihantar ke Hospital Tanjong Karang manakala senjata jenis 'pump gun' milik mereka turut dilarikan suspek.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana