KETAKUTAN..!!! Dari Gulingkan Kerajaan Ditukar Kepada Perhimpunan Aman Pula.

Cakap berdegar-degar dalam Facebook. Ceramah pun terpekik-pekik dan penuh semangat, macam dia seorang sajalah yang boleh pegang pedang, boleh terajang orang dan boleh lastik kepala musuh.

Tapi bila pihak berkuasa tangkap seorang penganggur berusia 25 tahun di Saratok, Sarawak, yang menggunakan nama Asmaelz Hadzeny II kerana menghasut orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka dan memulakan rusuhan untuk menggulingkan kerajaan, dia terus kecut perut dan memadamkan kesemua posting-postingnya yang berkaitan dengan GULING KERAJAAN.

SYED HUSAIN SOLAHUDDIN BIN SYED HASAN, 22 tahun, yang sebelum ini cukup garang dalam Facebook dan Twitter, pagi tadi telah ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat laporan polis. Turut menemaninya adalah Abdul Khalil bin Abdul Hadi, Timbalan DPP Pusat yang juga merupakan anak lelaki Presiden PAS, Abdul Hadi Awang; Ahmad Amzad bin Hassim, Pengerusi GANTI dan beberapa orang ahli GANTI yang lain.

Selesai membuat laporan polis, satu sidang media telah dibuat di wakaf Balai Polis Kuala Terengganu. Tukang bercakap adalah Abdul Khalil dan Ahmad Amzad.

Dalam sidang media mereka, GANTI menafikan risalah-risalah Guling Kerajaan yang sedang disebarkan di serata Kuala Terengganu, tidak ada kena-mengena dengan mereka. Konon-kononnya GANTI atau Gabungan Anak Terengganu Insaf ditubuhkan adalah untuk memperjuangkan masalah masyarakat seperti SABASUN dan lain-lain. GANTI juga merupakan sebuah pertubuhan yang amat berat masalah masyarakat.

Kata mereka lagi, perhimpunan yang dibuat pada 31 Disember 2013 nanti adalah secara lembut dan sopan yang mana bertujuan bagi menyampaikan masalah masyarakat khususnya masalah kenaikan harga barangan keperluan.

Laporan polis dibuat berhubung risalah yang menggunakan nama GANTI di laman-laman web Facebook dan juga dilekatkan sekitar bandar Kuala Terengganu. GANTI dikatakan tidak pernah menyeru rakyat untuk menggulingkan kerajaan dan juga tidak pernah menggunakan topeng untuk melakukan demonstrasi. Penyebaran risalah itu juga dikatakan fitnah oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab untuk merosakkan nama GANTI.

Syed Solah telah diminta mmebuat laporan polis kerana dalam risalah tersebut ada namanya. Bagaimanapun, nombor telefon yang tertera dalam risalah tersebut bukanlah nombor telefonnya.

Paling menarik ialah apabila Syed Solah dikatakan telah difitnah yang mana dikatakan telah menyertai PAS dan menubuhkan perubtuhan untuk menggulingkan kerajaan.

Ternyata, Angoh Blurs yang cukup hebat dalam Facebook, sedang dilanda ketakutan yang teramat sangat sampai perlu menafikan yang dia adalah ahli PAS. Posting-posting yang berkaitan dengan rancangan mengguling kerajaan, semuanya dipadamkan. Dan kemudian, bagi menimbulkan kekeliruan, segera membuat laporan polis kononnya, difitnah.

Eh, bukan ke sebelum ini Angoh Blurs cakap polis dan Cawangan Khas takut terketar-ketar macam orang nak ke tali gantung? Takkan orang yang kata orang lain takut, dia pula yang terpaksa buat laporan polis kata semua itu fitnah?

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana