ALWI MAHU PERKASA JENTERA PENERANGAN UMNO SELURUH KELANTAN

DATUK MD ALWI. Tolak kiri tolak kanan…tolak atas tolak bawah akhirnya UMNO kelantan serah jawatan Ketua Penerangan pada Datuk Md Alwi Che Ahmad yang dilihat agak serasi sungguh dengan jawatan itu.

Terbaru, orang hebat berceramah itu membuat suatu komitmen bahawa UMNO negeri itu akan memperkasakan jentera penerangannya di setiap bahagian dengan memberi fokus terhadap kegagalan kerajaan negeri pimpinan PAS membangunkan negeri Kelantan dalam pelbagai aspek.

Menurut Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, PAS sering mencipta isu baharu atau menuding jari kepada kerajaan pusat, semata-mata mahu melindungi setiap kegagalan mereka.

“Kerajaan negeri hari ini (contohnya) gagal tangani isu sosial orang muda, mempertahan akidah umat Islam, membangun bersama Islam, beri peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan,” jelas beliau dalam sidang media di Bangunan UMNO Negeri Kelantan di Kota Bharu, Rabu.

Alwi mendakwa rakyat Kelantan turut berdepan dengan kenaikan pelbagai caj perkhidmatan yang dilaksana kerajaan negeri.

Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan pusat menubuhkan satu jawatankuasa khas di peringkat kabinet bagi menangani kos sara hidup yang dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana