Video: Kalah Naib Presiden PAS: Mahfuz lepas geram di Dewan Rakyat.


Ahli parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar ‘naik angin’ di Dewan Rakyat petang Isnin apabila kisah kegagalannya bertanding jawatan Naib Presiden PAS serta tindakan parti itu melakukan undian semula jawatan bagi itu dibangkitkan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Seri Noh Omar.

itu, ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah mencelah Mahfuz yang sedang berbahas isu kebajikan tentera dengan menyindir mengatakan, Mahfuz patut menang jawatan Naib Presiden berdasarkan kehebatannya berbahas di Dewan Rakyat.

Shamsul Anuar berkata PAS silap kerana tidak memilih Mahfuz sebagai Naib Presiden menyebabkan Pesuruhjaya PAS Kedah itu naik angin dan semakin ‘garang’ berbahas.

Noh yang bangun mencelah kemudian bertanya kenapa Mahfuz ‘dok marah sangat pasal apa?”.

“Saya dengar cakap Pokok Sena ada benarnya..tetapi pelik orang PAS tak terima (pilihnya)..ni dok cakap pengurusan negara, pengurusan kewangan, pengurusan tanah yang PAS dok urus pilihan parti pun tak betul pasal apa?…sebab pilih urusan parti tak betul Yang Berhormat kalah…(saya) ingat kalau kira kali ke empat, Yang Berhormat boleh menang,” kata Noh.

Sindiran Noh menyebabkan Mahfuz semakin berang dan menuduh SPR bodoh dan pekak badak kerana tidak dengar macam-macam komplen pasal pilihan raya.

Ikuti gelagat Mahfuz dalam rakaman di bawah yang antara lain kata sanggup lompat naik atas meja jika menang jawatan Naib Presiden.

Peliknya pada sesi pagi, Mahfuz berdiam apabila ada beberapa ahli parlimen Barisan Nasional mengusik beliau pasal kekalahannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana