Isu 'kucing kurap': Jeff Ooi mesti mohon maaf sebelum 10 Dis

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (Anulae) meminta kerajaan mengambil tindakan tegas termasuk mengenakan Akta Hasutan terhadap Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun atas tindakan biadab menggelar penjawat awam sebagai 'kucing kurap'.

Presidennya, Azih Muda berkata, kenyataan Ooi itu telah membangkitkan perasaan marah dan tidak puas hati orang ramai khususnya penjawat awam hingga boleh menimbulkan kekecohan, selain satu penghinaan yang menjatuhkan maruah penjawat awam di negara ini.

Katanya, beliau bersama kira-kira 30 orang anggota Anulae akan ke Balai Polis Dang Wangi untuk membuat laporan berhubung perkara itu.

"Ini sensitif...boleh berlaku macam-macam. Dia (Ooi) cuba membakar semangat dan membawa perasaan orang lain untuk menanam bibit-bibit permusuhan.

"Saya tidak menyatakan dia rasis, tetapi ini adalah soal penjawat awam. Tidak boleh (buat kenyataan seperti itu). Kita bekerja ikut peraturan, kalau kami (penjawat awam) silap, kami ada undang-undang untuk dikenakan tatatertib," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Exco Anulae di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Ooi telah mengeluarkan kenyataan melabelkan beberapa pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai 'kucing kurap' kerana tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong, selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

Azih berkata, Anulae juga akan menyerahkan memorandum berhubung perkara itu kepada Ooi dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, selain turut memanjangkannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua

Setiuasaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, dan Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman.

Antara isi kandungan memorandum berkenaan ialah mendesak Ooi menarik balik kenyataannya dan perlu memohon maaf kepada kakitangan MPPP dan juga kakitangan pihak berkuasa tempatan seluruh negara dan Ooi perlu menghormati penjawat awam yang berkhidmat untuk negara dan tidak berpaksikan kepada politik kepartian.

Beliau berkata, sekiranya mereka masih belum menerima apa-apa jawapan atau tindakan (memohon maaf atau menarik balik kenyataan) sebelum 10 Dis ini, Anulae akan mengadakan perhimpunan bantahan di Pulau Pinang.

"Kami juga akan meminta rakan-rakan dari Cuepacs untuk turut serta dalam perhimpunan berkenaan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana