Gambar Buaya Dalam Laut Di Pelabuhan Pulau Pinang

Mohd Asyraf, Seorang kakitangan Pelabuhan Pulau Pinang terserempak dengan seekor buaya berhampiran dengan pelabuhan berkenaan. Lokasinya adalah diantara jambatan dan BWCT Penang Port..

Mohd Asyraf berkata, kejadian terbabit disedari dua pemandu bot kira-kira jam 5 petang. Menurutnya, dia sendiri hairan bagaimana buaya sepanjang lebih tiga meter itu memasuki kawasan laut.

"Saya dan rakan-rakan mengambil gambar buaya berkenaan, memang pada kami ini kejadian yang aneh kerana buaya di Pulau Pinang sukar untuk ditemui.

“Kalau di kawasan sungai pun sukar hendak jumpa buaya, apatah lagi di kawasan pantai, mungkin ia buaya sesat,” katanya.

Beliau turut menyangkal ia biawak besar kerana kejadian berkenaan disaksikan beberapa individu yang lain.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana