Gaji Menteri Besar Selangor naik lebih 100 peratus

SHAH ALAM: Gaji Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meningkat lebih seratus peratus bermula Januari tahun hadapan.

Perkara tersebut diluluskan dibawah Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Undangan Negeri Saraan 2013 setelah mendapat persetujuan sebulat suara oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

Selain daripada itu gaji ADUN meningkat sebanyak 83 peratus, Speaker Dewan 268 peratus, Timbalan Speaker 372 peratus serta ahli mesyuarat meningkat lebih seratus peratus.

Kata Khalid, kenaikan tersebut dibuat selepas melihat peningkatan hasil dalam kerajaan negeri.

"Beban tugas yang dipikul tanpa mengira waktu... keberkesanan melaksanakan tugas dan menunjukkan hasil terus meningkat. (Jadi) pertimbangan sewajarnya harus diambil..." katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Gaji Menteri Besar Selangor sebelum ini adalah RM 14,175.15 meningkat kepada RM29,250. ADUN RM6,000 kepada RM11,250.

Speaker Dewan RM6109.29 kepada RM22,500. Timbalan Speaker daripada RM3,327.50 kepada RM15,750.

Manakala Ahli Mesyuarat RM 6106.29 kepada RM13,250.

Jumlah kenaikan gaji ini akan melibatkan peruntukan lebih daripada RM10 juta iaitu kenaikan sebanyak RM5,751 541.92 daripada tahun 2011.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana