Buaya berjaya dipujuk pulang badan mangsa...Inilah Kuasa ALLAH....Aamiin

SARATOK: Hanya pinggul hingga paras tengkuk Andrian Thomas ditemui, selepas dibaham buaya ketika memukat ikan di Sungai Seblak pada Jumaat lalu.

Bahagian itu ditemui semalam kira-kira 500 meter dari kawasan lubuk mangsa dilaporkan hilang selepas seekor buaya memuntahkan anggota badan itu dipercayai selepas dipujuk pawang buaya, Indet Senabong, 50, dari Ulu Paku, Betong.

Penduduk Rumah Panjang Empayak, Bani Mingai, 60, berkata beliau melihat sendiri penemuan mayat mangsa kira-kira jam 9.30 pagi semalam.

Kira-kira jam 5 petang semalam (kelmarin), pawang itu bersama penduduk kampung ke lokasi kejadian untuk upacara memujuk buaya yang berlangsung lebih empat jam.

Ketika itu, bomoh berkenaan menggunakan ngintik (kail) yang dijampi dengan harapan buaya berkenaan menyerah diri.

Saya dan Indet ke tebing lokasi kejadian pada jam 8.30 pagi tadi untuk memeriksa keadaan sebelum dikejutkan dengan gelombang besar disusuli kemunculan seekor buaya. Ketika itu, kami mula terhidu bau busuk sebelum reptilia itu membuka mulut dan memuntahkan sesuatu objek sebelum hilang, katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana