Tindakan PAS 'tipu gambar' tersasar daripada prinsip parti Islam

SHAH ALAM: Taktik PAS yang menggunakan teknik pertindihan gambar (superimpose) dalam kempen mereka menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau berlawanan dengan imej parti itu yang berjuang berlandaskan Islam.

ADUN Bakar Bata, Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sikap PAS yang sanggup menggunakan perkara tersebut demi kepentingan sendiri akhirnya mengundang padah sehingga mencalarkan imej parti Islam itu.

Ahmad Bashah juga berkata, penafian yang dibuat oleh pemimpin parti itu juga seperti 'ada yang tidak kena' dan terpaksa, memandangkan tembelang mereka telah bocor.

"PAS ni selalu macam itu, mereka buat, bila orang keluarkan (bukti), mereka cuak dan buat pengakuan kata ini terlepas pandang.. Mana boleh tak tengok? Takkan mereka tak tahu?

"Bila dah terdedah kesilapan yang mereka buat, mereka putar belit balik,"katanya ketika dihubungi Antarapos.

Akhbar Sinar Harian semalam mendedahkan salinan gambar yang diubah suai melalui teknik superimpose dalam risalah parti itu yang diedarkan secara percuma kepada orang ramai.

Gambar superimpose berkenaan memaparkan calon PAS, Mohd. Azam Abd Samat bersama seorang lelaki yang merupakan Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd. Idros Mohd. Ali sedang duduk berbual bersama bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Namun gambar yang sebenar ialah Mohd. Idros bersama Timbalan Pengarang Berita akhbar itu, Muhamad Mat Yakim yang bertemu Azizan tiga tahun lalu dan perkara tersebut disahkan oleh akhbar berkenaan semalam.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkata, taktik 'kotor' tersebut terpaksa dilakukan bagi mendapatkan pengaruh seterusnya meraih undi dalam PRK Dun tersebut, 4 November ini.

Tambahnya, kemerosotan sokongan terhadap PAS khususnya di negeri Jelapang Padi itu menjadi antara faktor mengapa perkara sedemikian berlaku, termasuk memutarbelitkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin berhubung isu kenaikan harga gula.

"Tapi penyokong di sini sudah mula nampak, zaman Azizan dah lepas. Mereka nakkan perubahan. Jadi mereka (PAS) terpaksa buat apa cara sekalipun untuk mempengaruhi pengundi..tak kira la guna arwah Ustaz Azizan.

"Sekarang ini pula mereka guna anak arwah Ustaz Azizan berhubung kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang cakap isu gula.

"Mereka nak kata (kritik) TPM, tapi mereka lebih daripada itu lagi,"katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana