Pemikiran umat Islam diserang secara terancang

KUALA TERENGGANU - Isu-isu yang melibatkan Liberalisme, Kristianisasi dan Syiah yang berlaku di negara ini dilihat sebagai satu gerakan terancang oleh pihak tertentu untuk menyerang Islam.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia rentetan daripada isu-isu berkenaan yang dilihat dimainkan, bermula dengan tuntutan 14 perkara oleh Suruhanjaya Antara Agama (IFC).

Sejak itu katanya, umat Islam di Malaysia sering terkait dalam hal-hal berhubung dengan fundamental sehingga isu kalimah ALLAH  menjadi perdebatan antara satu sama lain.

“Saya yakin ini adalah usaha terancang supaya umat Islam melatah, di samping menonjolkan seperti umat Islam ini tidak bertoleransi. Kita lihat tuntutan Comango di Geneva. Mereka bawa isu Syiah ini sebagai satu tuntutan penting atas tema Liberalisme, hak asasi manusia.

“Kita tidak pernah mengatakan Islam itu tidak bertoleransi. Islam amat toleransi dengan agama lain, bahkan dalam beberapa temu ramah dengan media antarabangsa dan pada minggu lepas, dengan CNN dan Asian Wallstreet Journal, saya sebutkan Malaysia terkenal dengan umat Islamnya yang amat bertoleransi.

“Kita ada kuil tertinggi, patung Buddha yang terbesar di Kelantan, kita ada banyak patung Buddha besar malah di Batu Caves kita ada patung yang tertinggi. Jadi nak kata kita tidak toleransi, itu tidak munasabah.

“Tetapi jangan sesekali toleransi umat Islam itu diganggu gugat dengan cubaan untuk masuk dalam wilayah umat Islam, sebagaimana yang kita pertahankan dalam perlembagaan,” katanya selepas Majlis Perasmian Wacana Pemantapan Aqidah 2013 (Kristianisasi, Liberalisme dan Syiah) peringkat negeri di Wisma Darul Iman, kelmarin.

Turut hadir, Yang Dipertua Dun, Mohd Zuber Embong dan Pesuruhjaya Agama Terengganu, Datuk Mohd Rozali Salleh.

Katanya, Yadim dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menghantar NGO Islam, iaitu MuslimUPRo untuk melakukan proses ‘membalas’ kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh Comango kerana mereka dilihat membawa satu persepsi bahawa Malaysia melakukan pelbagai pencabulan hak asasi manusia, dengan meletakkan Islam dan agama lain itu pada tahap yang tidak sama rata di samping memperbesarkan isu Syiah dan murtad.

Asyraf berkata,  pihaknya risau sekiranya Comango ini dibenarkan bebas menyuarakan dan memberi persepsi negatif di peringkat antarabangsa, Malaysia akan ditekan secara berterusan, terutama di peringkat PBB untuk melonggarkan atau menggugat kedudukan Islam sebagaimana yang disepakati Perlembagaan Malaysia.

“Setakat semalam, saya difahamkan Malaysia antara negara yang paling banyak menerima persoalan sebab dalam sesi yang dibuat di Geneva ini, setiap negara menyerahkan laporan dan Comango serah tuntutan mereka dan menggambarkan Malaysia ini melakukan pencabulan hak asasi.

“Kita belum mendapat gambaran yang jelas lagi, adakah mereka bersedia menerima jawapan yang kita berikan atau tidak, ” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana