MAHFUZ DAH SEMAKIN HILANG KONFIDEN!!!

Hah! Nampak gayanya ini merupakan tanda - tanda awal Si Mahfuz Bean tu nak angkat bendera putih. Dia ingat sebelum ni dia boleh menang mudah.

Tapi melihat keadaan terkini, Si Mahfuz Bean tu terpaksa jugak mengakui bahawa dia sudah semakin hilang keyakinan untuk menang besar dalam PRK Sungai Limau ni.

Awal - awal lagi Si Mahfuz Bean ni dah mula buat ramalan bahawa PAS tidak mungkin dapat menambah jumlah majoriti dalam PRK kali ini.

Sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Si Mahfuz Bean tu hanya meletakkan sasaran majoriti sebanyak 500 undi sahaja.
"Insya-Allah kita yakin dapat majoriti lantai ialah tidak kurang daripada 500 undi. Majoriti lantai ini selari dengan yang diperolehi Allahyarham ustaz Azizan ketika pertama kali bertanding di DUN ini pada 1995.

"Angka ini munasabah kerana pada waktu itu arwah kali pertama bertanding. Ustaz Azam juga kali pertama bertanding, jadi situasinya sama," katanya pada sidang media di sini, Khamis.
Jelas, apa yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu mengundang rasa kurang senang dikalangan penduduk Sungai Limau. Mahfuz macam tak yakin dengan sokongan mereka.

Dengan membuat kesimpulan sedemikian, mereka beranggapan bahawa Mahfuz sendiri tidak percaya kepada penduduk Sungai Limau yang selama ini menyokong Ustaz Azizan.

Malah, moral dikalangan jentera PAS juga dijangka merundum kerana awal - awal lagi pemimpin mereka sendiri sudah hilang keyakinan.

Itulah masalahya dengan puak - puak Parti Angguk Saja ni. Sebelum ni diorang bercakap suka sangat mendabik dada. Suka berbangga - bangga tak tentu arah.

Hakikatnya diorang tak melihat kepada realiti. Dan akhirnya diorang sendiri yang terjerat dengan agenda Politik mereka sendiri. Lepas tu mula la salahkan orang tak tentu arah.

Inilah sifat - sifat yang membuatkan orang semakin hari semakin tolak PAS sebagai sebuah parti Politik. Suka sembang je lebih, tapi tak melihat kepada hakikat sebenar. Kalau setakat tau bercakap je baik tak payah!!!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana