FITNAH! SAYA TIDAK AKAN TARIK DIRI - DR SOHAIMI.

Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim menafikan desas-desus bahawa beliau akan menarik diri daripada bertanding pada PRK Dun Sungai Limau, 4 November ini.

Beliau menegaskan, isu itu tidak pernah timbul sama sekali, dan beliau komited sepenuhnya terhadap tanggungjawab dan kepercayaan diberikan kepadanya oleh pucuk pimpinan BN.

“Apa yang terjadi sekali pun saya akan teruskan. Isu itu (tarik diri) tak pernah timbul pada saya. Sejak sehari sebelum hari penamaan calon saya sudah bertekad membujur lalu melintang patah, patah sayap bertongkat paruh.

“Saya tidak akan berundur. Saya akan pergi terus. Itu komitmen saya,” katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN di Sungai Limau dekat sini semalam apabila ditanya mengenai desas-desus yang tersebar bahawa beliau akan menarik diri daripada bertanding.

Menyentuh mengenai cara kempennya yang tersendiri, Ahmad Sohaimi berkata, beliau lebih gemar berkempen secara solo tanpa liputan luas media kerana menghormati budaya penduduk Sungai Limau yang tidak gemar strategi kempen besar-besaran dan terlalu agresif.

Meskipun begitu, beliau yakin strateginya selaras pendekatan kempen Pengerusi BN Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan tidak akan merencatkan peluang kemenangan BN.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana