Cadangan Mahfuz cuti pilihan raya tak masuk akal - Mukhriz

JERAI 27 Okt - Cadangan Pengarah Pilihan Raya Pas DUN Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar agar kerajaan mengisytiharkan cuti pada hari Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau pada 4 November nanti dianggap sebagai tidak masuk akal.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, adalah tidak wajar cadangan tersebut dilaksanakan memandangkan PRK DUN Sungai Limau hanya melibatkan 27,364 pemilih sahaja.

"Bayangkan kalau kita fikir cadangan ini mungkin ada perkara pelik. Antaranya pengundi di DUN Sungai Limau hanya 27,364 pemilih, dia minta cuti untuk satu negeri yang mempunyai penduduk seramai 2 juta orang. Ini bukan cadangan yang wajar.

"Alasan cuti ini akan membantu pengundi luar untuk mengundi, sudah tentu mereka duduk di luar negeri Kedah. Adakah dia minta agar cuti diberikan kepada seluruh negara? Ini tidak masuk akal," kata Mukhriz.

Beliau berucap semasa melawat Bilik Gerakan Puteri UMNO di Sungai Limau Dalam di sini hari ini.

"Cadangan ini tidak boleh diterima. Jika ada kakitangan kerajaan yang ingin mengundi kita akan benarkan. Selesaikan tanggungjawab mengundi pada hari tersebut kemudian baru pergi kerja. Mereka tak perlu bimbang diambil tindakan kerana mereka menunaikan tanggungjawab.

"Saya turut mencadangkan agar sektor swasta memberikan masa kepada pekerja untuk mengundi pada hari tersebut. Ini lebih baik dari mengisytiharkan cuti," tegas Mukhriz.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana