Posts

Showing posts from October, 2013

Taktik baru peragut meragut...Berhati Hatilah Di Luar Sana

Image
KUALA LUMPUR: Peragut kini mempunyai kaedah terbaru untuk menjalankan aktiviti meragut. Caranya adalah dua peragut akan bersedia dalam sebuah kereta di persimpangan jalan. Sebaik sahaja mangsanya melintasi persimpangan itu, peragut yang berada dikerusi penumpang akan keluar dan menyerang mangsa. Dalam satu kejadian ragut di Desa Aman Puri, Kuala Lumpur, seorang wanita hampir kehilangan rantai emasnya apabila cuba diragut seorang lelaki yang tiba-tiba keluar dari keretanya. Tindakan pantas wanita itu menolak kembali peragut ke dalam kereta menyebabkan peragut itu panik dan memecut meninggalkan mangsa. Ketika kejadian, seorang pemandu lain secara kebetulan sempat merakam adegan itu melalui kamera yang dipasang di 'dashboard' keretanya. Pemandu berkenaan, Lim Kwee Han kemudiannya menghantar rakaman adegan berkenaan kepada Malaysian Crime Awareness Campaign (MCAC). MCAC kemudiannya menyebarkan taktik itu di laman sosial Facebook agar orang ramai lebih berhati-hati k

Mahfuz Suruh Serah Balik Susu ‘Expired’ Kepada BN....Alahaiii...Mahfuz

Image
YAN -  Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menasihati agar sesiapa sahaja yang menerima bantuan susu pekat dari Barisan Nasional (BN) di sini perlu memastikan tarikh luput untuk mengelak berlaku keracunan, selain  menyerahkannya kembali ke bilik gerakan BN. “Saya meminta kepada BN agar membuat pengumuman kepada mereka yang menerima susu pekat tersebut mengembalikan kembali susu tersebut dan digantikan dengan yang baru. "Kalau mereka tidak mahu membuat apa-apa pengumuman, saya meminta kepada penduduk yang mendapat susu tersebut agar menyerahkannya di bilik gerakan BN dengan segera. "Dalam pada itu kepada sesiapa yang mendapat bantuan dari BN perlu memastikan tarikh-tarikh luput agar tidak berlaku keracunan ketika menggunakannya," katanya pada sidang media di Markas Induk PRK Sungai Limau, Khamis. Sebelum itu seorang penerima susu berkenaan, Aishah Abd Rani, 70, dari Sungai Dedap tampil membuat aduan apabila turut

MBSA kenakan lesen untuk pondok kutipan tol mulai Januari depan

Image
SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menguatkuasakan syarat baru bagi pemegang konsesi lebuh raya supaya membayar lesen perniagaan bagi pondok tol di bawah seliaan kawasan perbandaran tersebut bermula 1 Januari depan. Laporan Sinar Harian yang memetik kenyataan Datuk Bandar MBSA Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, ia akan membolehkan MBSA mengutip sekurang-kurangnya RM218,000 setahun dalam bentuk kutipan bayaran bagi lesen pondok tol. Beliau juga menyebut, langkah itu melibatkan sepuluh plaza tol dan 218 pondok kutipan bayaran tol. “Sepuluh lokasi plaza tol berkenaan ialah konsesi Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (Guthrie),” katanya seperti dipetik dalam laporan itu. Beliau menjelaskan, kadar itu meliputi bayaran lesen RM1,000 untuk setiap pondok bagi tempoh setahun, RM150 untuk iklan bercahaya tidak melebihi 8 meter persegi dan RM15 untuk setiap meter persegi tambahan. Tamba

Video....6 Unit Kediaman Flat PKNS Kg Kerinchi Musnah Terbakar

Mangsa rogol ditanam hidup-hidup berjaya lepaskan diri

Image
LAHORE: Selepas ditanam hidup-hidup kerana mendakwa menjadi mangsa rogol, seorang remaja perempuan berjaya menyelamatkan diri dengan menggali keluar dari bawah tanah. Menurut media, remaja perempuan berusia 13 tahun itu diserang dua lelaki ketika berjalan sendirian di Toba Tek Singh, Punjab. Mangsa kemudian dirogol sehingga pengsan dan suspek menyangka remaja terbabit meninggal dunia dalam serangan itu. Jurucakap polis berkata, mangsa kemudian ditanam di kawasan berhampiran. Bagaimanapun, kata jurucakap polis, remaja terbabit tersedar semula dan berusaha menyelamatkan diri dengan menggali tanah yang menimbus dirinya. “Beberapa orang yang kebetulan lalu di kawasan berhampiran terdengar jeritan meminta tolong daripada mangsa dan bergegas menyelamatkannya,” katanya. Dia kemudian dihantar ke hospital untuk dirawat. Pada awalnya mangsa enggan bekerjasama dengan polis kerana mendapat tekanan daripada bapanya. Dua lelaki kini ditahan pihak berkuasa hasil maklumat diperoleh. -

Ahli Parlimen Sepang mohon maaf kepada PM...Baru Nak Minta Maaf?kesannya Amat lah Berat

Image
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memfitnah Perdana Menteri dalam kejadian operasi Lalang pada 1987. Wakil rakyat PAS itu juga menarik balik kenyataannya yang menuduh Perdana Menteri mahu menitiskan darah orang Cina dengan keris ketika mencelah semasa perbahasan di Dewan Rakyat pada 23 Oktober lalu. Permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan tersebut menyelamatkan Mohamed Hanipa daripada dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengemukakan usul bertulis.

KDN perkenal sistem biometrik elak PATI palsu dokumen - Zahid

Image
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memperkenalkan sistem biometrik sebagai satu langkah komited dan tegas dalam memastikan tiada lagi Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di negara ini menjelang hujung tahun hadapan. Menterinya, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini menjelaskan bahawa sistem yang diletakkan di bawah Ops Bersepadu ini berbeza dengan langkah 6P yang pernah diperkenalkan atas tujuan yang sama. Dengan mewujudkan sistem biometrik dan kod bar, KDN melihat sistem ini lebih relevan dalam memastikan tiada lagi pemalsuan dan penipuan melibatkan dokumen perjalanan mahupun pekerjaan. "Tiada lagi 6P, ini sistem biometrik yang berbeza, ini ada kod bar, kod bar ini boleh disemak oleh pegawai-pegawai penguatkuasa walaupun hanya menggunakan telefon bimbit, kita boleh lihat maklumat pemegang kad tersebut. "Kita gantikan (langkah 6P) dengan Ops Bersepadu dan sekarang kita membenarkan majikan untuk memohon secara terus kepada

MAHFUZ DAH SEMAKIN HILANG KONFIDEN!!!

Image
Hah! Nampak gayanya ini merupakan tanda - tanda awal Si Mahfuz Bean tu nak angkat bendera putih. Dia ingat sebelum ni dia boleh menang mudah. Tapi melihat keadaan terkini, Si Mahfuz Bean tu terpaksa jugak mengakui bahawa dia sudah semakin hilang keyakinan untuk menang besar dalam PRK Sungai Limau ni. Awal - awal lagi Si Mahfuz Bean ni dah mula buat ramalan bahawa PAS tidak mungkin dapat menambah jumlah majoriti dalam PRK kali ini. Sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau, Si Mahfuz Bean tu hanya meletakkan sasaran majoriti sebanyak 500 undi sahaja. "Insya-Allah kita yakin dapat majoriti lantai ialah tidak kurang daripada 500 undi. Majoriti lantai ini selari dengan yang diperolehi Allahyarham ustaz Azizan ketika pertama kali bertanding di DUN ini pada 1995. "Angka ini munasabah kerana pada waktu itu arwah kali pertama bertanding. Ustaz Azam juga kali pertama bertanding, jadi situasinya sama," katanya pada sidang media di sini, Khamis. Jelas, apa ya

MISI KE LUBNAN KUMPULAN KEDUA MALBATT 850-1

Image
Subang, 29 Okt 13 - Majlis Penghantaran Kumpulan Kedua Malaysian Battalion 5 (MALBATT 850-1) bagi misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL) telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Bersama, Yang Berbahagia Leftenan Jeneral Dato’ Abu Bakar bin Md Said TUDM pada 29 Oktober 2013, jam 4.00 petang bertempat di Balai Pergerakan Udara, Pangkalan Udara TUDM, Subang. Kumpulan Kedua yang diaturgerakkan pada hari ini diketuai oleh Timbalan Komander MALBATT 850-1, Leftenan Kolonel Mohd Tahar bin Abd Razak. Pergerakan ini melibatkan kekuatan seramai 240 anggota terdiri dari 16 pegawai dan 224 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) termasuk seorang pegawai dan 11 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan 6 anggota wanita. Jumlah keseluruhan jumlah anggota MALBATT 850-1 yang akan berkhidmat di Lubnan ini adalah seramai 540 anggota dan dijangka akan melaksanakan misi dengan tempoh selama 12 bulan iaitu bermula 22 Oktober 2013 hingga 22 Oktober 2014. Kumpulan pertama MALBATT 850

Al-kisah…satu tin susu pun jadi modal Mahfuz

Image
Setelah PAS kantoi dalam isu bapa Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan kemudiannya kes superimpose gambar calon Azam Samat…Persuruhjaya PAS Kedah masih lagi nak beraksi…kali ini hanya dengan isu satu tin susu yang luput tarikh. Mahfuz Oh Mahfuz …memang PAS dah tidak ada modal nak main dalam pilihanraya kecil Sungai Limau. Tin susu berkenaan didakwa terkandong dalam sebuah beg barang keperluan yang tertera gambar Ahli Parlimen Baling,Datuk Azeez Rahim. Nawaitu membangkitkan hal ini dalam satu sidang akhbar di Sungai Limau Selasa nak tunjuk orang Barisan Nasional buat naya pada orang  di situ bagi barang yang sudah luput tarikhnya. Tarikh luput yang tertera pada tin susu itu ialah 26 Oktober,2013 yakni baru tiga hari. Azeez ketika ditemui di Parlimen selepas isu itu tersebar  menjelaskan susu itu sebenarnya adalah untuk kegunaan jentera pilihanraya Rumah Baling dan Rumah Selangor yang berkempen di Sungai Limau. “Barang-barang itu memang sudah sedia ada sebelum ini untuk kes-ke

TERKINI : Pengawal Bersenjata Rompak Kedai Emas!!

Image
PETALING JAYA - Seorang pengawal keselamatan yang memiliki senjata api merompak sebuah kedai emas di KL Festival City Mall, dekat Setapak pada Khamis. Rompakan berkenaan berlaku pada pukul 9 pagi dan sumber polis mengesahkan suspek merupakan rakyat Sabah yang menggunakan kad pengenalan palsu. Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur, Asisten Supritendan, Khairi Ahrasa mengesahkan insiden berkenaan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Zakaria Pagan berkata tiada kecederaan mahupun kematian dilaporkan. Beliau berkata suspek merupakan pengawal keselamatan peribadi kedai emas berkenaan. Pada 23 Oktober lalu, seorang pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank Norazita Abu Talib selepas dia membuka pintu bilik kebal sebuah bank di Subang Jaya. Suspek berjaya melarikan diri dengan wang rompakan berjumlah RM450,000 daripada bilik kebal bank berkenaan. Bagaimanapun, polis berjaya menemui semula wang bernilai RM20,000 selepas menahan tiga ahli keluar

ANWAR ARAH PKR BOIKOT PAS KEMPEN DI SG LIMAU SEBAB GILA JAWATAN?

Image
Ini lah dia kalau manusia yang gila kuasa, semua hal mesti diberikan keutamaan pada si dia atau pun kuncu-kuncu mereka. Lihat sendiri PRK Sg Limau siapa sebenarnya yang bertanding? Korang mesti jawab PAS vs BN yang bertanding kan? Semua orang tau..budak sekolah kat sini pun tau PAS dan BN bertanding…tak payah nak citer lah kan!..Tapi yang bestnya.. Ir Zamri telah mengeluarkan arahan kepada semua jentera kerja PKR mogok dan jangan turun ke kawasan PDM masing masing. Semua pakat merajuk macam budak tak cukup sifat. Kenapa...??? Rupa-rupanyanya puak PKR ni mogok sebab membantah pihak SPR yang melarang PKR daripada memasang bendera PKR di seluruh Dun Sg Limau. SPR mempunyai sebab yang kukuh sebab PKR tidak bertanding di PRK Sg Limau, yang bertanding adalah parti khawarij PAS bukannya PKR! Merajuk sebab diaorang tak dapat kontrak projek pasang bendera. Anwar arahkan Ir Zamri sampaikan arahannya pada keparat-keparat PKR mogok apa kejadahnya pulak? Orang lain yang bertanding, orang la

FITNAH! SAYA TIDAK AKAN TARIK DIRI - DR SOHAIMI.

Image
Calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim menafikan desas-desus bahawa beliau akan menarik diri daripada bertanding pada PRK Dun Sungai Limau, 4 November ini. Beliau menegaskan, isu itu tidak pernah timbul sama sekali, dan beliau komited sepenuhnya terhadap tanggungjawab dan kepercayaan diberikan kepadanya oleh pucuk pimpinan BN. “Apa yang terjadi sekali pun saya akan teruskan. Isu itu (tarik diri) tak pernah timbul pada saya. Sejak sehari sebelum hari penamaan calon saya sudah bertekad membujur lalu melintang patah, patah sayap bertongkat paruh. “Saya tidak akan berundur. Saya akan pergi terus. Itu komitmen saya,” katanya kepada pemberita di Pusat Operasi BN di Sungai Limau dekat sini semalam apabila ditanya mengenai desas-desus yang tersebar bahawa beliau akan menarik diri daripada bertanding. Menyentuh mengenai cara kempennya yang tersendiri, Ahmad Sohaimi berkata, beliau lebih gemar berkempen secara solo tanpa liputan luas media kerana menghormati budaya penduduk Sungai Limau yang

Bumbung flat kawasan perindustrian Bukit Serdang diterbang angin

Image
KUALA LUMPUR: Sembilan bumbung rumah flat di Jalan PBS 14/7 Kawasan Perindustrian Bukit Serdang dekat sini rosak dan ada yang diterbangkan angin dalam kejadian ribut petang tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira 5.17 petang dan mengejarkan 14 anggota beserta dua jentera ke lokasi kejadian.  "Akibat kejadian ribut itu, sembilan buah bumbung rumah flat terjejas. Ada bumbung yang diterbangkan angin dan ada yang rosak," katanya ketika dihubungi. - BERNAMA

Tangkap !! Pelajar Sekolah Menengah JAdikan Tandas Tempat Lepaskan Nafsu Berahi !!Masyallah...

Image
Kegiatan tidak bermoral sepasang kekasih yang juga pelajar tingkatan dua sekolah menengah di Tenom yang melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah, terbongkar apabila perbuatan mereka disedari guru disiplin sekolah terbabit, kelmarin. Dalam kejadian pada kira-kira jam 10.30 pagi, pelajar masing-masing berusia 14 tahun ditahan ketika berada dalam keadaan tidak terurus di dalam tandas sekolah berkenaan oleh guru disiplin yang kebetulan menyedari perbuatan mereka. Menurut sumber, kejadian berlaku ketika waktu rehat apabila pelajar lelaki itu memanggil teman wanitanya ke tandas untuk melakukan hubungan seks. “Secara kebetulan guru disiplin sekolah terbabit yang melakukan rondaan melakukan pemeriksaan di tandas berkenaan sebelum menemui pasangan pelajar itu. “Hasil soal siasat, pelajar lelaki mengaku baru selesai melakukan seks dengan pelajar perempuan dan memaklumkan ia kali ketiga mereka melakukan hubungan seks di dalam tandas sekolah berkenaan,” katanya. Sumber berkata,

PRK Sg Limau- Ustaz Kazim Minta Abby Abadi Menuntut Ilmu Agama Terlebih Dahulu

Pemuda PAS Tahan Tan Sri Muhyiddin Desak Mohon Maaf

Video TPM telah diserbu oleh beberapa aktivis Pemuda PAS kononnya bagi mendesak beliau untuk menarik balik kenyataan yang dikatakan menghina arwah Us Azizan dan memohon maaf. Jom sama-sama kita saksikan video di bawah ini bagaimana TS Muhyiddin dengan tenang menghadapi militan taksub PAS yang MENYERBU beliau secara tiba-tiba. Dengar-dengarnya berikutan pertemuan spontan dan reaksi balas bersahaja TS Muhyiddin kepada mereka, kumpulan pemuda tersebut telah kembali ke markaz mereka dan membuat kecoh bagi menuntut penjelasan kenapa mereka boleh ditipu sedemikian rupa. Padanlah muka. Akibat tidak sudah-sudah menipu dan menabur fitnah, sekarang sampai kena serang balik dengan militan sendiri, siapa yang susah?

Ustaz Kazim Elias : LGBT Merosakkan Akidah Umat Islam

Sokong lah Lagi Pembangkang Di Selangor...Ini Baru Dikatakan Zalim

Image
Pakatan Rakyat Selangor zalim. Melayu tindas melayu dek kerana mahu menjaga hati malaon DAP. Gerai orang melayu dirobohkan lagi. Semenjak berkawan dengan DAP pemimpin Melayu perangai pun dah macam komunis. Lokasi di Kajang

TPM TS Muhyiddin Yasin mengambil pendekatan yang amat mudah dan merendah diri. Jika kata-katanya menyinggung perasaan, maka beliau memohon maaf.

Image
Muhyiddin jelas bertindak sebagai gentleman berdepan sendiri rombongan Dewan Pemuda PAS Kedah yang datang menyerahkan sepucuk surat kepadanya berhubung isu 'gula dan Allahyarham TS Azizan'. Mujurlah mereka berdepan dengan Muhyiddin, kalau dengan Anwar Ibrahim bagaimana pula gamaknya? Pasti terpacul dari mulut Anwar, "You pemuda mana?"

ISU TIN SUSU YG DI DAKWA SUDAH 'EXPIRED' PUN DI JADIKAN BAHAN KEMPEN PARTI PAS DI PRK SUNGAI LIMAU...

Image
''Come on la.....Mahfuz Omar. You can do better than this. Atau itu sahaja yang termampu difikirkan oleh beliau? Yang BHI nampak ialah Mahfuz Omar cuba mencari isu untuk menutup malunya dek didakwa memperalatkan bapa Datuk Jamil Khir demi politik sempit parti PAS.''

Latihan tentera bersama China

Image
KUALA LUMPUR: Malaysia dan China akan mengadakan latihan bersama buat pertama kalinya pada tahun depan sejak Memorandum Persefahaman (MoU) berhubung kerjasama pertahanan ditandatangani pada 2005. Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang dalam lawatan kerja sulungnya ke Beijing selepas memegang jawatan itu Mei lalu, berkata Malaysia bercadang mengadakan latihan antara perkhidmatan dengan China melibatkan disiplin darat, laut dan udara. Beliau berkata latihan itu adalah antara persetujuan dicapai semasa pertemuan beliau dengan Menteri Pertahanan China, Jeneral Chang Wanquan pada hari ini, demi meningkatkan kerjasama strategik yang lebih komprehensif. "Kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk merapatkan lagi kerjasama dalam bidang pertahanan terutamanya melalui latihan bersama, pertukaran pegawai-pegawai tentera laut dan ketenteraan (lain), penubuhan kerjasama dalam bidang industri pertahanan, usaha-usaha memerangi keganasan, dan jenayah transnasional,&q

KDN Tolak Rayuan Prima Security...Lesen Dibatalkan Hari Ini

Image
Syabas Zahid Hamidi membuat tindakan tegas sekali dan Pembunuh ini mana mahu lari..Sepandai pandai tupai melompat Akhir ke tanah jua.Marilah rakyat Malaysia memberi maklumat kepada pihak Polis jika terjumpa mamat ini.

CERAMAH MAT SABU MENDAPAT SAMBUTAN PALING HANGAT PRK SUNGAI LIMAU

Image
Inilah tanda tanda awal...sambutan orang ramai tidak menyebelahi ceramah PAS kali ini...Amat memalukan sekali.

VIDEO USTAZ KAZIM BIKIN PANAS DI SUNGAI LIMAU....

PANAS..!!! Kenyataan Hairie Othman Enggan Terlibat Dalam Aktiviti Pembangkang Lagi Kerana Di Tipu.

Image
Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat. Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung. "Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online. Sendiri buat sendiri Tanggung lah....kesan akibatnya.

Kejayaan Kerajaan BN Uruskan Ekonomi Adalah Masalah Besar Bagi Pembangkang...Ulasan Annuar Musa Memang Yang Terbaik

KUALA LUMPUR, 29 Okt -- "Kita harus faham peranan dan pendekatan pembangkang di dalam negara kita, bagi pembangkang, apa-apa perkara yang memberikan kredit kepada kerajaan adalah masalah bagi mereka", ujar Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa. Tambah beliau lagi ,"Dalam masa yang sama, kalau negara tidak aman, itu adalah kebaikan kepada mereka, jika polis tidak dapat bertindak dengan berkesan, juga adalah kebaikan kepada mereka, jika ekonomi negara muflis, itu adalah bonus kepada mereka". Justeru jelasnya strategi pembangkang adalah untuk mengambil kesempatan daripada ketidak kecekapan dan ketidak upayaan kerajaan. "Tapi dari segi kerajaan, tidak ada kerajaan dalam dunia ini hendak membebankan rakyatnya. Apatah lagi kita dalam sebuah negara yang demokratik, akhirnya kita tidak dapat lari dari hakikat di mana hukuman atau penentuan sama ada kita disambung mandat atau tidak adalah pada rakyat, empat tahun bukan satu tempoh masa yang lama,"

Wanita Ini Baru Akad Nikah Selepas 3 Jam Sudah Bergelar Janda...?

Image
Seorang wanita tidak menyangka dirinya akan bergelar janda setelah suaminya melafazkan cerai talak tiga hanya kira-kira tiga jam selepas dia bergelar isteri sesudah mereka bernikah di sebuah masjid di Teluk Kumbar di sini Ahad lalu. Lebih malang, wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Sasha, 21, turut ditendang oleh bekas suaminya sebanyak dua kali di belakang badan semasa dia meminta penjelasan mengenai perkara tersebut di rumah bekas mertua di Balik Pulau. “Dia (bekas suami) mula naik angin dan terus melafazkan cerai talak tiga di hadapan ahli keluarga. Ibu bapa saya yang turut berada di situ hanya terkedu. “Luruh hati saya selepas mendengar talak dijatuhkan sedangkan perkahwinan ini diputuskan oleh kami berdua serta mendapat restu kedua-dua keluarga,” ujarnya menahan sebak.

Video...Sebar gambar palsu, PAS bimbang tiada sokongan...PAS senang Cakap Terlepas Pandang Saja...

SHAH ALAM: PAS tidak sewajarnya menggunakan bahan palsu, apatah lagi mengaitkan individu yang telah meninggal dunia sebagai sebahagian daripada kempen mereka bagi mendapatkan pengaruh dan sokongan rakyat terhadap parti itu, kata veteran Barisan Nasional (BN), Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Lori Terbalik : Lebuhraya Karak Sesak

Image
BENTONG 29 Okt - Lebuhraya Karak sesak di kedua-dua arah apabila sebuah lori yang membawa muatan gelung paip terbalik sehingga mengakibatkan muatan yang dibawanya melepasi jalan bertentangan. Muatan yang dibawa lori menuju ke Kuantan itu melepasi pembahagi jalan sehingga menyebabkan berlakunya kemalangan melibatkan kenderaan dari Kuantan menuju Kuala Lumpur. Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospita yang berdekatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kesesakan berlaku di lebuhraya tersebut namun trafik dapat dikawal dengan bantuan daripada Pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Trafik.

DISKRIMINASI..!!! Negeri Berkebajikan Selangor Merobohkan Gerai Melayu.

Image
Tahniah Kerajaan Selangor terutama Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Ahli-Ahli yang Berhormat yang bertindak merobohkan gerai peniaga-peniaga Melayu di Taman Mesra, Kajang. Mungkin ini istilah Negeri Berkebajikan ala Selangor, menganiaya Rakyat dengan memusnahkan tempat mencari rezeki peniaga-peniaga Melayu. Gerai-gerai di sini memang terkenal dengan nasi lemak dan nasi kerabu di sebelah pagi manakala kuih muih banyak dijual di sebelah petang. Tidak ada jalan lainkah yang boleh diambil oleh MPKj selain dari merobohkan gerai-gerai berkenaan? MPKj hanya berani menunjuk jaguh terhadap peniaga-peniaga Melayu. Sedangkan peniaga Cina dibiar bebas tanpa tindakan. Contohnya seperti sebuah kedai buah di simpang di Taman Sepakat Indah yang bertahan berpuluh tahun. Ada tindakan diambil? Dua hari sebelum Hari Raya Puasa, gerai "food court" milik peniaga-peniaga Melayu di Sg Serai, Hulu Langat, dirobohkan. Hari ini di Kajang pula. Sampai bila peniaga-peniaga Melayu akan diti

Menyorok Lima Jam Dalam Semak

Image
TUMPAT – Polis berjaya menyelesaikan kes curi kereta dalam tempoh kurang 24 jam selepas mengejar seorang penjenayah yang menaiki kereta curi itu sejauh 35 kilometer sebelum berjaya menahannya, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 12.40 tengah hari, suspek berusia 34 tahun berasal dari Pasir Mas memandu kereta curi pacuan empat roda dan cuba meloloskan diri selepas anggota MPV Polis di Pasir Mas cuba menghalangnya. Bagaimanapun suspek yang mempunyai kesalahan lampau membabitkan kes rogol dan dadah berjaya ditahan berhampiran kawasan perumahan Pantai Sri Tujoh di sini pada jam 9.30 malam selepas bersembunyi dalam semak hampir lima jam. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip berkata, hasil siasatan mendapati kereta curi tersebut hilang jam 10 pagi di Jertih, Terengganu. “Kehilangan kereta itu dihebahkan oleh Skim Rondaan Sukarela (SRS) Pasir Mas dan kemudiannya disedari oleh anggota MPV Pasir Mas yang ketika itu kereta curi tersebut berada berhampirannya di b

Kisah GLC dan IPTA yg dipenuhi puak Puak Pembangkang bukan lg rahsia.

Image
Jabatan kerajaan serta post yg strategik juga dipegang oleh mereka. Contoh yg mudah ialah menantu Nik Aziz yg diberikan jawatan Pengarah Pentadbiran dan Kewangan yg terbabit dgn Tender dan Kontrak.

PRK Sungai Limau : Bantuan Dinafikan Kerana Bukan Kroni

VIDEO.....UGUT BALING TELOR SAMBUT USTAZ KAZIM DI SUNGAI LIMAU

Bila Ustaz Kazim datang ceramah di Sungai Limau, ada pihak yang tak puas hati dan cuba mengugut beliau dengan pelbagai cara. Diantaranya, mereka mahu baling telur busuk kepada Ustaz Kazim.Inilah dikatakan kurang ajar sikap puak puak ini seperti takut dengan bayang bayang sendiri.

Gambar Muhyiddin dijemput imamkan solat di madrasah

Image
Banyak Lagi gambar di  Sini

Abby tidak hormat suami?Perempuan Ini Mana Boleh Buat Bini Jika Mulut Nya Tak Terjaga dan Tak Hormat Suami

Image
TIDAK hanya mencetuskan kontroversi berkaitan isu politik, timbul pula cerita tidak enak mengenai sikap bekas anggota Elite, Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 36, yang dikatakan tidak menghormati suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24. Berita yang tersebar di kebanyakan blog itu bukan saja melaporkan aktres itu melayani suaminya dengan kasar, bahkan turut menengking Farhan di hadapan orang ramai. Situasi itu dikatakan berlaku setelah kereta yang dinaiki mereka rosak selepas pulang dari majlis anjuran Pas, di Sungai Limau, Kedah, baru-baru ini. Bagaimanapun, Abby yang telah bernikah dengan Farhan pada 9 Julai lalu itu menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menganggap ada pihak yang sengaja cuba untuk menjatuhkan kredibilitinya. “Semua itu fitnah untuk memburukkan saya! Saya tidak meninggi suara atau menengking suami seperti yang didakwa oleh mereka. "Ini semua mainan politik kotor orang yang tidak menyenangi saya,” tegasnya. Mengulas menge

Panas dan Terkejut Kenyataan Hairie Othman Enggan Terlibat Dalam Aktiviti Pembangkang

Image
PETALING JAYA: Pelakon Hairie Othman menjelaskan tidak lagi terlibat dengan apa-apa juga aktiviti parti anjuran Pakatan Rakyat. Hairie, 42, turut berkata, dia juga tidak terlibat menyertai kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Yan, Kedah yang sedang berlangsung. "Saya tidak mahu komen apa-apa tentang ini, buat masa sekarang saya tidak terlibat dengan apa-apa kempen atau ceramah Pakatan Rakyat termasuk Pilihan Raya Kecil yang sedang berlangsung di Yan Kedah," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa. Hairie berkata demikian ketika diminta mengulas tentang penglibatannya dalam kempen untuk parti pembangkang dalam PRK, DUN Sungai Limau yang akan berlangsung pada 4 November depan. Ketika ini pelakon Abby Abadi dan Leman (Raja Lawak) dilihat berkempen atas tiket Pas selain beberapa artis lain yang dijangka berbuat demikian seperti Aishah dan Bob Lokman. Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lalu Hairie aktif berkempen

Memo BBC: Khalid enggan beri jaminan

Image
SHAH ALAM: Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan memberi sebarang ketetapan sama ada cadangan wakil-wakil rakyat Selangor untuk menambah peruntukan pembangunan akan diterapkan dalam Belanjawan negeri yang akan dibentangkan bulan depan. "Ia tiada jaminan, sebab memo itu hanya beri beberapa cadangan. Dan cadangan (yang boleh dilakukan) akan dimasukkan di dalam belanjawan negeri," beliau memberitahu pemberita selepas bermesyuarat dengan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor. Kelab Penyokong Kerajaan Negeri (BBC) yang dipimpin Timbalan Presiden PKR Azmin Ali menghantar memorandum kepada Khalid pada 7 Oktober lalu yang menegur kepimpinan Menteri Besar itu kerana dikatakan membelakangkan suara wakil rakyat. Memorandum itu juga dikatakan untuk membantah usul kerajaan negeri mengurangkan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM100 juta. Empat puluh empat wakil rakyat BBC juga menuntut Khalid untuk menambahkan peruntukan perumahan bagi golongan miskin, penyediaan biasiswa

Sabah, Sarawak juga termasuk dalam larangan penggunaan kalimah Allah - ISMA

Image
BANGI: Kalimah Allah sewajarnya tidak boleh digunakan langsung oleh orang bukan Islam dalam penerbitan mereka, kata Naib Presiden II Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muhammad Fauzi Asmuni. Menurut beliau, larangan penggunaan kalimah Allah juga meliputi kitab Bible yang diterjemah ke dalam bahasa Melayu di Sabah dan Sarawak, agar penggunaan kalimah tersebut terpelihara daripada sebarang bentuk salah guna yang mungkin berlaku. "Pada pandangan saya keputusan mahkamah itu mesti terkena kepada semua termasuk Sabah dan Sarawak. Dan tidak sepatutnya terhad kepada majalah The Herald, sebab kalau kita kata hanya terhad kepada majalah The Herald, maknanya selepas daripada ini kalau ada majalah lain, kena masuk mahkamah pula untuk halang. "Mahkamah kalau dia buat keputusan, sepatutnya dia menjadi rujukan kepada semua kes yang seumpamanya, dan sepatutnya terkena kepada Sabah dan Sarawak. Kalau terkena Semenanjung saja, memang akan jadi kelakar," ujarnya dalam satu temu bual

Muhyiddin mohon maaf kepada keluarga Azizan

Image
Ini la sikap pemimpin bn salah silap kita mohon maaf...PR Ada Ker macam ni kalau buat silap meminta maaf?Setiap manusia ada buat kesilapannya...  YAN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini meminta maaf kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak berikutan kenyataannya yang didakwa mengaitkan penghapusan subsidi gula dalam Bajet 2014 dengan penyakit diabetis Allahyarham. Muhyiddin menegaskan beliau langsung tidak berniat untuk menyentuh peribadi Allahyarham dengan kenaikan harga gula dan penyakit yang dihadapinya. Sebaliknya, beliau berkata, peringatan kelmarin sekadar hanya untuk mengingatkan kepada rakyat bahawa kerajaan mengambil berat penjagaan kesihatan. "Jika keluarga arwah tersinggung, saya minta maaf dan sebagai orang Islam saya tidak ada niat. Boleh tengok rakaman. "Sebagai orang Islam kita dianjurkan bermaaf-maafan," katanya pada sidang media selepas melawat Madrasah Maahad Mazahirul Ulum, Kampung Bukit Choras, di sin

Tindakan PAS 'tipu gambar' tersasar daripada prinsip parti Islam

Image
SHAH ALAM: Taktik PAS yang menggunakan teknik pertindihan gambar (superimpose) dalam kempen mereka menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau berlawanan dengan imej parti itu yang berjuang berlandaskan Islam. ADUN Bakar Bata, Senator Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, sikap PAS yang sanggup menggunakan perkara tersebut demi kepentingan sendiri akhirnya mengundang padah sehingga mencalarkan imej parti Islam itu. Ahmad Bashah juga berkata, penafian yang dibuat oleh pemimpin parti itu juga seperti 'ada yang tidak kena' dan terpaksa, memandangkan tembelang mereka telah bocor. "PAS ni selalu macam itu, mereka buat, bila orang keluarkan (bukti), mereka cuak dan buat pengakuan kata ini terlepas pandang.. Mana boleh tak tengok? Takkan mereka tak tahu? "Bila dah terdedah kesilapan yang mereka buat, mereka putar belit balik,"katanya ketika dihubungi Antarapos. Akhbar Sinar Harian semalam mendedahkan salinan gambar yang diubah suai melalui te

lihatlah pelbagai cara untuk aibkan nama Barisan Nasional

Image
Pengundi di sekitar Unit Peti Undi Sungai Dedap, di sini terkejut dan kecewa dengan susu krimer tamat tempoh yang 'dihadiahkan' BN sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau. Susu krimer yang diberi bersama tepung gandum, beras dan gula itu diterima mereka semalam ketika petugas kempen BN berkempen ke rumah mereka. Di beg plastik luar pula, tertera nama dan gambar Ahli Parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim. Pada bahagian bawah tin susu tersebut tertera tarikh luput pada 26 Oktober 2013 iaitu dua hari lalu. Adusss...boleh percaya ker PAS ni.Inilah caranya untuk aibkan Barisan Nasional....Tiada isu lagi kah?

Panas..Apa hubungan PAS dengan SUHAKAM sampai mereka adakan mesyuarat di atas puncak gunung Jerai?

Image
Macam serius je masa mesyuarat tu? Adakah mungkin SUHAKAM akan menurunkan sedikit sebanyak bajet untuk kegunaan pilihanraya kecil bagi memastikan kemenangan mereka di Sungai Limau kali ni? Peranan SUHAKAM sudah melebihi daripada apa yang sepatutnya sebab Suruhanjaya Hak Asasi tersebut sudah menjurus kearah politik. Sumber... SINI

OPERASI JEJAKI JAGA ROMPAK & BUNUH DIPERHEBATKAN, 11 DITAHAN!

Image
Seramai 11 orang ditahan berhubung pembunuhan seorang pegawai bank wanita oleh pengawal keselamatan minggu lalu. ”Penahanan yang terbaharu dilakukan pada Ahad di Johor,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau berkata penahanan dibuat bagi membantu siasatan dalam mengenal pasti di mana suspek berada. Namun beliau enggan memberitahu maklumat tentang mereka yang ditahan dan hubungan mereka dengan suspek. Pembunuhan berlaku pada 24 Okt lalu apabila seorang pengawal keselamatan menembak mati Norazita Abu Talib, 37, selepas beliau membuka bilik kebal Ambank di Subang Jaya. Pengawal itu turut melarikan kira-kira RM450,000.Polis kemudiannya melancarkan gerakan memburu pengawal itu dan menahan beberapa suspek termasuk isteri pengawal tersebut. Sumber: Bernama.

Bil Api, Air Kediaman Rasmi PM Lebih Dari RM2.5 juta. kononnya MEMBAZIR DUIT RAKYAT....

Image
Dah tentu semua rakyat tahu itu la bil di seri perdana putrajaya.. cuba korang lihat sendiri senarai kabinet siapa calon PM dari PR..?? rasanya beliau akan tinggal dimana..?? BAWAH KOLONG..?? DALAM LONGKANG..?? tentu tidak bukan... cuba korang lihat sendiri berapa orang yang dilantik menjadi TPM..?? comfirm kena tambah lagi satu kediaman TPM di putrajaya.. belum apa - apa dan mendapat MANDAT dah PLAN BOROS NAK MEMBAZIRKAN DUIT RAKYAT.. cuba laaa page FB , blog dan portal berita PR CELIK MATA SIKIT..!!! taksub punya pasal sampai tak bole nak membezakan... hahahahaha.. pinjam ayat YB PAS kena terima kemewahan tak boleh kufur nikmat

PROF. DR. ROBERT LUSTING TEGUR MAZA

Image
Akhir zaman... Manusia akan berbicara mengenai sesuatu yang tidak diketahuinya. Mari kita dengar penjelasan Prof. Dr. Robert Lusting dari University of California, San Francisco mengenai bahaya GULA dalam kehidupan manusia. 

Kalau video yang bergerak pun Hadi kata tidak boleh jadi saksi gambar bodoh macam ni agak-agaknya boleh buat orang Sungai Limau percaya ke?

Image
Hadi mudah lupa..ker

Siapa Nak Mandi Limau Sila Ke Sg. Limau.....

Image
Kita tengok lah siapa yang kena.....

Mahfudz Ingin Jadi Juara Kaum Cina Pula?

Image
Barisan Nasional menerima penolakan masyarakat Cina dalam PRU-13 yang lalu sebagai pengajaran bahawa memberi segala-galanya bukanlah jaminan kepada sokongan. Selain itu, publisiti dan promosi yang berlebih-lebihan juga mampu memakan Dengan menolak BN bermakna masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat. Namun, apa yang ingin dibincangkan di sini ialah, menyokong Pakatan Rakyat, tidak bermakna masyarakat Cina turut menyokong PAS. Hakikatnya, PAS juga ditolak mentah-mentah oleh masyarakat Cina. Ini terbukti apabila PAS hanya mendapat undi dari kaum Cina di kawasan di mana DAP dan PKR tidak bertanding sahaja. Akibatnya, PAS mendapat jumlah kerusi tercorot berbanding sekutu-sekutunya. Jelas, undi yang diberi oleh masyarakat Cina kepada PAS bukanlah ikhlas, tetapi sekadar memenuhi keperluan bagi menjatuhkan kerajaan BN yang diterajui Melayu UMNO. Yang memberi kerusi kepada PAS hanyalah orang-orang Melayu. Justeru, dari konteks sokongan masyarakat Cina, PAS dan UMNO adalah senasib dalam