RANG UNDANG2 PENCEGAHAN JENAYAH - PEMBANGKANG JANGAN CEPAT MELATAH.....

Pembangkang dinasihati untuk tidak cepat melatah mengenai pindaan Akta Penegahan Jenayah (CPA) 1959 ekoran kerajaan tidak menggunakan pendekatan zalim dalam melaksanakan undang-undang.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pindaan akta yang dijadualkan dibentangkan untuk kali kedua pada Isnin ini tidak menjurus pengamal politik walaupun mempunyai fahaman berbeza dengan kerajaan.

"Kerajaan hanya ingin menyasarkan kepada penjenayah. Saya rasa rakyat akan berpuashati apabila kuasa penuh diberikan kepada polis dalam usaha mengurangkan kadar jenayah," katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Pindaan CPA mendapat kritikan hebat daripada pemimpin pembangkang apabila Penegerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh melabelkan usaha kerajaan melakukan perubahan pada undang-undang tidak ubah untuk mengamalkan kembali Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Sementara itu, Penasihat DAP mendakwa pindaan CPA bertentangan dengan janji kerajaan untuk mengamalkan sistem yang lebih liberal.

Jelas Ahmad Zahid, pembangkang membuat andaian dan kritikan berdasarkan tafsiran sendiri sebelum beliau sendiri dapat menjelaskan perkara tersebut dengan terperinci.

Namun katanya, suara yang dilontarkan pemimpin Pakatan Rakyat amat dialu-alukan pada pembentangan pindaan tersebut di Parlimen minggu hadapan agar beliau boleh menjelaskan perlembagaan tersebut mengikut perspektif kerajaan.

"Saya harap pembangkang tidak memutarbelit hasrat keraaan seperti yang dilakukan di media sosial dengan pandangan yang begitu negatif (terhadap pindaan CPA)," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menjemput Majlis Peguam, masyarakat awam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menghadiri forum Penjegahan Jenayah yang akan diadakan di auditorium kementirannya pada jam 8 pagi, Sabtu ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana