Mat Sabu dakwa kempen pemilihan PAS paling teruk...Hu Hu Hu

SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa kempen pemilihan pucuk pimpinan parti itu sudah sampai ke peringkat membimbangkan dengan pelbagai tuduhan dan label dilayangkan terhadap calon yang bertanding.

Menurutnya, pertandingan dalam parti sepatutnya untuk menilai pemimpin dan bukan saling menyingkir dan melabelkan antara satu sama lain.

"Ini trendnya dan saya hairan bagimana ia muncul. Jika tidak ditangani dengan baik dalam masa terdekat kita bimbang masa depan PAS yang dilihat cemerlang sekarang ini akan kabur pada masa depan," katanya dalam temubual dengan The Malaysian Insider.

"Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat," tambahnya.

Mohamad yang lebih dikenali dengan nama Mat Sabu berkata apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahlinya.

"Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pendekatan kempen yang dibuat sesetengah ahli dan pemimpin PAS bagi menghadapi Muktamar ke-59 November ini di Shah Alam, Selangor.

Pelbagai kempen dijalankan oleh ahli PAS termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama.

Mohamad berkata, dalam PAS ada tatacara pemilihan walaupun tidak dilembagakan dan menjadi satu kefahaman umum bahawa kempen terbuka tidak digemari serta tidak dizinkan.

Tetapi kini, katanya, ia sudah menjadi trend baru di kalangan ahli PAS."Saya sendiri sebagai ahli veteran kadang-kadang terpinga-pinga melihat perkembangan terbaru dalam parti ini," katanya.

Bagaimanapun, beliau berharap perkembangan itu bukan berpunca daripada unsur luar yang masuk menyerap atau cuba diambil kesempatan oleh pihak luar atas keterbukaan parti itu selama ini.

Menurutnya, perkara itu boleh dilihat sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 Mei lalu lagi.

Ketika itu, katanya, sudah disebut di kalangan pimpinan dan ahli PAS orang ini layak memimpin, orang ini tidak layak, malah label juga diberikan kepada kepimpinan parti.

"Untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin PAS, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal," katanya.

Beliau berkata, tuduhan itu bukan hanya menerusi laman web atau Facebook sahaja tetapi dalam pertemuan yang dinamakan Liqa' Fikri.

"Saya rasa trend ini kurang sihat dan kami kepimpinan parti sedang memerhatikan perkara ini dan bagaimana langkah hendak diambil bagi mengatasinya," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana