Kumpulan Anti-Lynas, Fuziah Serah Memorandum Kepada Menteri...Bangangnya Puak Puak Ni

 KUALA LUMPUR 26 Sept - Kumpulan Anti-Lynas 'Save Malaysia, Stop Lynas' (SMSL) yang diketuai Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh hari ini berarak dari Padang Merbok ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah.

Menurut Fuziah, antara kandungan memorandum tersebut ialah operasi loji nadir bumi, Lynas yang ingin dijalankan tidak menepati syarat-syarat pengeluaran lesen sementara dalam tempoh sepuluh bulan yang telah dikeluarkan kerajaan.

"Lynas tidak menepati syarat seperti mengenalpasti tapak pelupusan tetap dalam tempoh sepuluh bulan selepas lesen sementara dikeluar bertarikh 3 September 2012 hingga 3 Julai 2013," katanya ketika ditemui di hadapan bangunan Parlimen di sini hari ini.
Beliau menambah, menteri yang bertanggungjawab menyatakan Lynas telah mengemukan kertas kerja dan pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) menyatakan tidak perlu ada kemudahan pelupusan tetap(PDF).

"Walaupun menteri berkata telah menemukan tapak pelupusan yang sesuai, namun beliau gagal untuk menyatakan kawasan tetap untuk tapak perlupusan sisa radioaktif dihasilkan oleh Lynas.

"Ini semua betentangan dengan syarat yang telah ditetapkan kepada Lynas maka lesen boleh dibatalkan," katanya.

Tambahnya, menteri telah menjanjikan syarat yang ketat kepada Lynas bagi melupuskan sisa radioaktif yang telah terhasil pada ketika ini.

"Empat orang menteri jelas membuat kenyataan meminta Lynas mengeluarkan sisa radioaktif ini dari Malaysia.

"Kami belum mendengar apa-apa perancangan kemana hendak dihantar sisa ini malah Lynas senyap menyepi dan kami menuntut menteri menjadi tulang belakang berhubung isu ini," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana