KENAPA MAT SABUN TAKUT KEDUDUKANNYA SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN DICABAR

SALAH SATU SEBABNYA IALAH DIA MEMPERJUANGKAN SYIAH DIDALAM PAS.
Mohamad Sabu tidak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri jika yakin boleh terus dilantik semula untuk menjadi Timbalan Presiden PAS pada Muktamar PAS kali ke 59 yang bakal berlangsung November ini.

Bekas Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata Mohamad Sabu perlu yakin dengan dirinya sendiri sebelum membuat sebarang tuduhan melulu yang akhirnya terpalit kepada imej beliau sendiri.

Tambahan katanya dalam era moden ini, mana-mana individu yang bertanding perlu menerima sebarang maklum balas orang ramai melalui kempen yang dijalankan meskipun komen tersebut memberi kesan yang negatif kepada individu yang mahu bertanding.

"Kalau kita memberi khidmat yang cukup baik dan kerja kita baik...

"Maka kita tidak perlu bimbang dengan apa saja cubaan (untuk menjatuhkan kita) melalui apa jua kempen pun kan?," katanya kepada media ketika dihubungi.

Terdahulu Mohamad Sabu atau yang dikenali dengan Mat Sabu mendakwa kononnya berlaku kempen paling teruk menjelang Muktamar PAS ke-59 pada November nanti.

Beliau mendakwa sepanjang 35 tahun berada di dalam parti Islam itu, ini merupakan kempen paling teruk yang pernah dilihatnya.

Beliau meluahkan rasa terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti melalui serangan dan melabelkan pihak-pihak tertentu yang tidak disukai dengan menggunakan laman sosial seperti Facebook, blog dan khidmat pesanan ringkas sebagai medium peperangan.

Bagaimanapun Phahrolrazi menasihatkan agar Mat Sabu lebih berfikiran terbuka memandangkan serangan seperti itu tidak berlaku dalam PAS sahaja tetapi turut berlaku dalam parti politik lain.

Malah beliau menyifatkan perkara ini adalah biasa dan Mat Sabu perlu menerima apa saja yang tidak menyenangkan beliau sendiri meskipun sukar untuk mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana