DAP MAHARAJA BESAR DALAM MALAYSIA...BELUM JADI LAGI BERKUASA MALAYSIA

Karpal Singh memberi amaran kepada Pendaftar Pertubuhan bahawa selepas Mesyuarat Agung Luar Biasa kali ini yang memerlukan DAP melakukan pemilihan semula CEC, ROS tidak boleh mengacau DAP lagi.

Kata Karpal, semenjak Disember lagi dia telah memerhatikan gelagat ROS yang langsung tidak memberi muka dan mahu berkompromi dengan penipuan yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Lim kit Siang dalam usaha mereka mengekalkan kuasa. Dek kerana itulah sebagai sekutu rapat Kit Siang dan Guan Eng, Karpal sedang menimbang-nimbang untuk mengambil tindakan terhadap ROS sekiranya sebarang usaha menipu bagi mengekalkan kuasa di dalam keluarga Lim, diganggu oleh Pendaftar Pertubuhan.

Awal-awal lagi Guan Eng dan bapanya, Kit Siang telah memberikan gambaran bahawa semua masalah di dalam DAP termasuklah KESILAPAN EXCEL adalah perbuatan ROS yang bertindak menggunakan kuasa bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional.

Guan Eng dan Kit Siang turut menggambarkan bahawa ahli-ahli DAP yang membuat aduan kepada ROS dan petisyen mahkamah berhubung perlantikan baru anggota CEC sebagai tidak wujud dan hanya rekayasa UMNO dan Barisan Nasional.

Semuanya berpunca apabila Guan Eng yang mahu mempertahankan satus quo, melihat dan menyedari ancaman yang sedang diterimanya dari dalam DAP. Gerakan meletakkan orang-orangnya dalam CEC termasuklah melakukan penipuan berhubung status dan bangsa ZAIRIL KHIR JOHARI akhirnya mengundang natijah apabila penipuan tersebut didedahkan.

Alasan terbaik yang mampu diberikan oleh Guan Eng pada ketika itu hanyalah, KESILAPAN TEKNIKAL membabitkan perisian Microsoft Excel yang digunakan untuk melakukan pengiraan tidak sampai 2000 undi.

Selepas mengetahui alasan yang diberikannya hanya menjadi bahan gelak tawa, Guan Eng menjadikan ROS pula sebagai sasaran. ROS digambarkan telah menyalahgunakan kuasa ketika mengarahkan pemilihan semula CEC dilakukan dalam tempoh tertentu.

Amaran yang diberikan oleh Karpal Singh kepada ROS sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanya untuk mengesahkan bahawa DAP dalam keadaan yang sangat terdesak bagi mengekalkan penguasaan Keluarga Lim yang semakin ditolak oleh ahli-ahli DAP sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana