DAP BERI AMARAN KEPADA ROS, JANGAN MAIN-MAIN DENGAN KUASA ROKET.....

Dua pemimpin tertinggi DAP hari ini secara terbuka menyelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai alat Barisan Nasional yang didakwa bertujuan menghancurkan parti pembangkang itu.

“Menyedari DAP tidak boleh dikalahkan dengan adanya sokongan rakyat, BN menyalahgunakan kuasa ROS untuk menewaskan DAP,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“ROS jangan ambil mudah kesabaran kami. Jangan fikir kami lemah. Jangan main-main dengan kuasa roket,” kata Pengerusi DAP Karpal Singh.

Mereka berucap di kongres khas DAP yang diadakan untuk pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti yang diarahkan oleh ROS.

Bagaimanapun ROS menetapkan pemilihan semula itu juga melanggar perlembagaan parti yang menetapkan keperluan DAP memberikan notis 10 minggu bagi mengadakan pemilihan parti.

DAP menafikan pemilihan semula itu memerlukan notis sedemikian dan menuduh ROS sebagai berniat jahat.

Dalam ucapannya, Guan Eng terus menyelar ROS dan BN sebagai bersekongkol untuk menindas parti pembangkang paling kuat di Parlimen dengan 38 kerusi.

“Kejayaan dalam pilihan raya telah menjadikan DAP satu ancaman kepada BN. BN sudah hilang akal dan terdesak. ROS telah cuba mengeksploitasikan kejujuran DAP,” kata beliau.“Kami tidak akan dibuli oleh ROS lagi. Kami tidak boleh memberikan ROS sebarang alasan atau sebab untuk mengambil tindakan yang lebih kejam dan berat iaitu membatalkan pendaftaran parti,” kata beliau.

Guan Eng menyifatkan dakwaan ROS bahawa pemilihan semula CEC hari ini tidak mengikut perlembagaan parti sebagai “fitnah.”

“Walaupun mahkamah kata pemilihan boleh diteruskan ROS masih buat fitnah, cakap ini, cakap itu,” kata beliau.

Dalam ucapannya itu, Guan Eng mendakwa sokongan Melayu untuk Umno hanya naik satu peratus pada PRU13 dan memberi jaminan DAP pula akan terus membela kepentingan Bumiputera dan rakyat amnya.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas kepada kecaman-kecaman ahli dan bekas pemimpin Melayu DAP yang menuduh parti itu rasis dan memperalatkan kaum Melayu untuk memenuhi agenda sempit pemimpin DAP.

Semalam, Presiden Kongres Melyu Pulau Pinang Rahmad Ishak mengoyak kad keahliannya dan keluar daripada parti itu.

Parti itu juga dikecam sebagai rasis oleh Aspan Alias, seorang lagi pemimpin Melayu yang menyertai parti itu tahun lalu, dan bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Aziz Tunku Ibrahim.

Guan Eng sebaliknya menyifatkan tiga wakil rakyat Melayu dalam DAP sebagai pendekar-pendekar parti.

Mereka adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik Guan Eng, Datuk Mohd Sabri Abdul Aziz (Parlimen Raub) dan ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Karpal berkata kehadiran kira-kira 85 peratus daripada 2,576 perwakilan pada kongres khas hari ini akan memberi mesej kepada ROS “bahawa DAP adalah parti yang kuat".

“Saya mahu memberi amaran kepada ROS bahawa kami boleh hadapi apa-apa cabaran,” tambah beliau.

Pemilihan semula itu diadakan susulan keputusan DAP meminda keputusan pemilihan yang diadakan pada Disember lalu.

Pindaan yang direstui oleh Guan Eng itu membolehkan Zairil dilantik sebagai ahli CEC iaitu badan tertinggi DAP.

Zairil dan semua tujuh calon Melayu lain kalah pada pemilihan itu namun Guan Eng kemudian berkata berlaku kesilapan dalam proses pengiraan undi.

Susulan bantahan pelbagai pihak, ROS mengarahkan pemilihan semula CEC diadakan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana