Tanda Putera: Penggiat seni kecewa tindakan Guan Eng...

SHAH ALAM: Rata-rata penggiat seni negara meluahkan rasa kecewa mereka apabila kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk menghalang tayangan filem kontroversi Tanda Putera yang mula ditayangkan semalam.

Pelakon veteran Datuk Mustapha Maarof ketika dihubungi Antarapos berkata, rakyat perlu menonton filem Tanda Putera bagi memahami sejarah Malaysia ini serta bagaimana pejuang-pejuang bangsa mempertahankan kedaulatan negara.

Malah, Mustapha berkata Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) sendiri telah memberikan kelulusan untuk filem itu ditayangkan.

"Sebagai orang industri, saya berasa kecewa. Setiap filem yang kita buat dan diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF), maka ia layak ditayangkan kepada penonton mengikut kategori dan umur. Filem-filem sejarah dibuat untuk mengetahui apa yang berlaku dalam negara. Bagus jika penonton melihat jadi mereka tahu erti perjuangan dari awal hingga kita mencapai kemerdekaan hari ini," katanya.

Tegasnya, filem yang menggunakan dana awam itu seharusnya dilihat dari sudut positif kerana ia telahpun diluluskan oleh Kementeriaan Dalam Negeri (KDN) dan Lembaga Penapisan Filem (LPF).

"Pada kami apabila ia dah diluluskan LPF, ia layak ditayangkan. Apatah lagi kita nak sambut merdeka, bagus ditonton filem berkenaan.

"Jika disekat semua tak apalah. Ini di Pulau Pinang sahaja, tempat-tempat lain boleh pula ditayangkan. Pada saya ia satu penganiayaan terhadap filem ini. Seperti saya katakanlah, saya kecewa mengapa dihalang tayangannya di Pulau Pinang, sedangkan tempat lain tiada masalah," demikian menurut Mustapha.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Bendahari Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Panchacharam P. Nalliah ketika dihubungi Antarapos turut meluahkan rasa yang sama dan meminta Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Lim Guan Eng perlu mengenepikan isu politik dan fakta sejarah.

Selain itu, beliau juga menyifatkan tindakan Guan Eng menghalang tayangan di kesemua pawagan di negeri itu tidak lebih dari mahu menyekat kebebasan rakyat, walhal Kerajaan Pusat telah membenarkan untuk ia ditayangkan.

Bagaimanapun, Panchacharam atau lebih dikenali sebagai Panshah berkata, rakyat Malaysia sudah matang untuk menilai apa yang dipanggil sebagai sejarah negara.

"Ia nampak macam nak politikkan isu ini sahaja. Pihak kerajaan negeri mempolitikkan isu ini. Ia tak patut dilakukan.

"Bagi saya Tanda Putera sebuah filem sejarah dan menunjukkan persahabatan antara Tun Razak dan Tun Ismail, walaupun ada adegan-adegan 13 Mei, tetapi ia bukan isu dan tujuan cerita yang sebenar. Ia hanya beberapa adegan yang LPF sendiri rasa tak bahaya. Penonton kita dah matang dan rakyat kita dah tahu apa
yang berlaku. Saya rasa ia tak perlu dijadikan isu.

"Ia seolah menyekat kebebasan rakyat. Kita kena hormat keputusan kerajaan Pusat. Sekarang mereka nak ambil tindakan seolah mereka di negara lain, itu yang tak adil. Walaupun Pulau Pinang negeri pembangkang, tetapi ia masih dibawah Persekutuan. Sekarang mereka dan tekan pihak pawagam untuk tak tayang filem itu, saya rasa ia tak adil," jelasnya kepada Antarapos.

Semua panggung wayang di Pulau Pinang semalam memutuskan tidak menayang filem Tanda Putera setelah akur kepada “nasihat” kerajaan negeri pimpinan DAP.

Dalam pada itu Ketua Menteri Lim Guan Eng menegaskan kerajaan negeri hanya “menasihati” pengendali pawagam untuk tidak menayangkan filem itu.

Kelmarin beliau mendakwa Tanda Putera berunsur fitnah dan boleh menimbulkan ketegangan kaum.

Guan Eng sebelum ini membidas Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana dikatakan meluluskan tayangan Tanda Putera tanpa menyaring adegan-adegan berupa provokasi perkauman.

Antara yang dirujuk beliau adalah adegan beberapa pemuda Cina membuang air kecil di perkarangan rumah Menteri Besar Selangor dan bendera Malaysia.

Filem 'Tanda Putera' terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama Finas, memaparkan kisah Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman memulihkan negara susulan peristiwa 13 Mei 1969.

Filem itu, yang dibuat pada 2011 dan dilulus tayangannya oleh LPF dengan sijil PG13, sepatutnya menemui penonton mulai 15 November lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana