Syarikat hiburan didakwa guna lambang masjid promosi arak

GEORGETOWN: Sebuah syarikat hiburan dipercayai menggunakan lambang masjid untuk mempromosikan minuman arak.

Koordinator Pemuda Umno Tanjung, Fahami Ashrof Badaruddin berkata, promosi yang menggunakan kain rentang itu diletakkan secara terang-terangan di hadapan sebuah bangunan di Jalan Penang, dan dipercayai dipasang sejak awal bulan ini.

Menurutnya, beliau kecewa dengan sikap acuh tidak acuh pihak yang bertanggungjawab terhadap perkara berkenaan.

"Sedangkan jalan ini adalah antara laluan utama ke Komtar, iaitu pejabat kakitangan kerajaan dan juga tumpuan pelancong, pada kain rentang ini syarikat hiburan yang berkenaan mempromosikan minuman keras dengan menggunakan ucapan Selamat Hari Raya dan Sambutan Kemerdekaan.

"Pada saya ini langsung tidak kena tempat, yang paling aneh ialah saya hairan kenapa isu berkaitan sensitiviti agama ibarat dipandang remeh sahaja," katanya dipetik Berita Harian.

Sementara itu turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Anak-anak Kariah Teluk Kumbar, Rashidi Abdul Majid.

Beliau berkata, pihak yang berkenaan langsung tidak berasa takut apabila sanggup meletakkan gambar masjid pada kain rentang bersama dengan minuman keras.

Menurutnya, tindakan berkenaan dilihat seolah-olah cuba menarik umat Islam untuk melihat iklan berkenaan kerana terdapat gambar masjid.

"Kalau bagi mereka yang mudah terpengaruh sudah pasti benda sebegini akan menjadi, pada saya perkara ini agak keterlaluan," katanya.

Bagi Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Tanjung, Fazrul Izham Badaruddin berkata, akibat tiada pemantauan yang berterusan daripada pihak yang sepatutnya khasnya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), perkara sedemikian mampu menyebabkan anak muda turut terpengaruh.

"Pada saya senang saja, orang lihat iklan ini ada gambar masjid, ada yang membantah keras namun ada juga yang mungkin akan tertarik memandangkan promosi seakan ganjaran.

"Ketika bulan Ramadan lalu kita sendiri digemparkan dengan penahanan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) apabila melihat pemuda Islam berpesta arak, tambahan lagi bila ada iklan sebegini sudah pasti perkara ini akan semakin teruk," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana