SIDANG DUN KEDAH !!! MUKHRIZ TENANG WALAUPUN DIGELAR 'BUDAK BANDAR' OLEH PEMBANGKANG !!!

ALOR SETAR - Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah selama tiga hari yang berakhir malam tadi merupakan ujian pertama yang dihadapi Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Besar ke-10.

Persidangan dewan berjalan lancar yang menyaksikan Mukhriz dapat menjawab soalan yang dibangkitkan pembangkang dengan memuaskan, tidak emosional manakala barisan Exco kerajaan negeri dapat memberi jawapan memuaskan.

Mukhriz secara profesional menjelaskan berhubung sindiran yang dilemparkan kepadanya semasa persidangan yang memberi gelaran beliau sebagai 'budak bandar' kerana dibesarkan di bandar.

"Saya juga pernah bermain di sawah, kenal pacat, lintah dan selut," katanya semasa menggulung perbahasan malam tadi.

Walau apapun yang dihadapi, Mukhriz dalam sidang akhbar selepas sidang Dun tamat berkata: "Perbahasan lantang namun lancar. Kritikan pembangkang pula berhemah, tidak cetus ketegangan. Ini tanda wakil-wakil rakyat kita matang dalam berbahas".

Buat pertama kali dalam sejarah, persidangan Dun Kedah berakhir 10.45 malam kerana membahas lima usul enakmen jenayah syariah dan akhirnya diluluskan untuk dikuatkuasakan.

Seperti biasa, wakil rakyat baharu golongan muda, penyokong kerajaan dan pembangkang, ditegur bekas exco Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Pas-Anak Bukit) dan Datuk Ahmad Zaini Japar (BN-Bukit Kayu Hitam) yang mengingatkan wakil rakyat kedua belah pihak berhubung peraturan dewan yang menetapkan nama wakil rakyat tidak boleh disebut semasa mengambil bahagian dalam perbahasan.

Turut menjadi sejarah kerana keputusan meluluskan enakmen jenayah syariah dibuat dengan cara undian apabila pembangkang secara prinsip tidak setuju dengan pindaan enakmen itu bagi membanteras penyebaran fahaman Syiah.

Pembangkang tidak bersetuju kerana mahu mengambil kira hukum hudud namun Mukhriz mereka perlu faham pindaaan enakmen dibuat selepas mendapat penjelasan Penasihat Undang-Undang.

Dalam undian berbelah bagi itu 21 daripada 23 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyokong manakala 13 wakil rakyat pakatan pembangkang ada yang membantah dan berkecuali.

"Dengan kelulusan enakmen ini isu Syiah dah selesai. Kita dah ada satu enakmen yang membenarkan pihak berkuasa mengkuatkuasakan undang-undang bagi membanteras penyebaran fahaman Syiah," kata Mukhriz.

Isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) pula menjadi tajuk hangat diperbahaskan pada hari terakhir persidangan dengan pendedahan salah tadbir dan penyelewengan didedahkan dalam Dewan.

Menurut Mukhriz selain membuat audit forensik mengenai kepincangan Kuin dan anak syarikatnya, Insaniah Holding Sdn Bhd (IHSB) kerajaan negeri ada saluran lain untuk mendapat maklumat.

"Rakyat perlu tahu kepincangan Kuin dan IHSB kerana wang berjuta ringgit yang dibelanjakan adalah wang mereka. Kita tidak mahu perkara sama berulang iaitu Rektor boleh buat apa sahaja dan tidak perlu melapor kepada sesiapa.

"Adalah mustahil kerajaan terdahulu tidak mengetahui apa-apa kepincangan dalam Kuin dan IHSB kerana wakil kita yang membawa perkara ini dalam Dewan.

"Dalam isu Kuin dan IHSB ini, kita tidak mahu mengaibkan sesiapapun dan mengambil pendekatan harmonis menyelesaikannya namun tidak wajar kerajaan negeri dipaksa menanggung masalah IHSB," katanya.

Beliau berkata sebuah jawatankuasa khas dianggotai beberapa Naib Canselor Universiti termasuk anggota Exco, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan seorang wakil beliau dibentuk bagi mengenal pasti rektor baru.

Katanya jawatankuasa itu telah menemuduga tujuh calon berkelayakan dan mencadangkan tiga orang kepadanya untuk memutuskan seorang dilantik sebagai Rektor baru pada 1 September ini. - Bernama.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana