Pengamal Demokrasi Terbaik Adalah Antara Pembohongan Terbesar Pembangkang

KUALA LUMPUR, 28 Ogos – Sebelum ini UMNO bersama Barisan Nasional (BN) seringkali dilemparkan tuduhan khususnya oleh pakatan pembangkang kononnya gagal mengaplikasikan demokrasi sebenar dalam kepimpinan dan pentadbiran parti.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas pakatan pembangkang yang membuat tuduhan sedemikian dengan menerangkan bahawa proses demokrasi yang dilaksanakan oleh UMNO adalah yang terbaik.

nepotisme-kronisme-parti-pkr-anwar-nurul-azizah-anak-beranak-demokrasi

“Ini kerana kita diperingkat parti, rakyat yang memilih kepimpinan kita. Pemimpin dipilih dari peringkat akar umbi, bermula dari peringkat cawangan, termasuk wanita, pemuda dan puteri bagi menentukan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, ahli-ahli Majlis Tertinggi dan juga jawatankuasa di peringkat bahagian termasuklah ketua wanita, ketua pemuda, ketua puteri,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, semua jawatan di pilih diperingkat akar umbi dengan ketua-ketua cawangan dan perwakilan cawangan turut serta dalam pemilihan yang meletakkan ramai anggota parti terlibat secara langsung.

“Inilah proses dalam UMNO yang ditunjukkan itu membuktikan satu pendemokrasian yang terbaik yang pernah ada di Malaysia sedangkan parti-parti lain cakap banyak tentang demokrasi tetapi mereka sendiri pun sebenarnya tidak demokratik.”

Tegasnya, pakatan pembangkang lebih banyak berbohong apabila berbicara soal demokrasi dalam kepimpinan.

“Mereka ini pembohong, mereka berkata mereka amalkan demokratik dan perjuangkan demokrasi tetapi pembohong.

“Kalau benar mereka perjuangkan demokrasi maka benarkanlah semua jawatan dipertandingkan.”

Dilaporkan, dalam PKR jawatan Ketua Umum yang disandang Anwar Ibrahim tidak dipertandingkan begitu juga dengan kedudukan Lim Kit Siang dalam DAP dan juga Nik Aziz selaku Mursyidul Am Pas.

“Mereka perlu pastikan apa yang ditimbulkan sebagaimana keahlian tertutup, ahli yang hadir tidak boleh hadir dan sebagainya seperti pertikaian yang wujud dalam DAP, pertikaian dalam PKR sehinggakan berlaku insiden baling-baling kerusi dan juga sudah timbul pertikaian dikalangan ahli Pas yang perlu mereka jawab.”

Tegas beliau lagi, sekalipun ada kritikan terhadap UMNO biarpun telah pelbagai kebaikan dilaksana namun akhirnya UMNO terus mempertahankan prinsip membuat kebaikan itu dengan rakyat terus memberi sokongan kepada usaha-usaha tersebut.

“Kalau buat baik tentunya ada rintangan namun sekiranya kita berani berdepan dengan cabaran maka insya-Allah kita akan berjaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana