Pembangkang Masih Cuba Musnahkan Kredibiliti Filem Sejarah

Tanda Putera telah menghadapi halangan yang cukup besar dalam sejarah perfileman negara apabila mereka cuba memaparkan sejarah kebenaran pengkhianatan beberapa golongan dalam proses mengekalkan kemerdekaan yang baru dikecapi pada masa itu.

Pembangkang cuba mempolitikkan sebuah naskah yang cukup agung tentang pengorbanan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Razak dan kawan baik beliau Tun Dr Ismail. Pada masa yang sama kita tidak boleh lari dari kebenaran sejarah hitam yang tercatat pada 31 Mei. Sejarah penghinaan yang terpaksa diterima oleh bangsa Melayu akibat kekalahan kita di kawasan Bandar telah mencabar maruah bangsa dan agama kita.

Namun persoalannya yang paling penting di sini adalah mengapa kita masih terus membiarkan kawasan Bandar jatuh ke tangan pihak pembangkang secara berterusan. Strategi yang bijak dan tegas mampu mengembalikan kawasan Bandar ke tangan kita semula.

Berkenaan isu Tanda Putera yang terus mendapat tekanan dalam bermacam-macam bentuk dari pihak pembangkang secara terang dan halus ini harus ditangani dengan bijak. Mereka sebenarnya masih berada di dalam fasa yang cukup tertekan dan panik kerana Tanda Putera bakal mendedahkan kejahatan melampau mereka.

Selama ini mereka dapat menyembunyikan sejarah kejahatan mereka terutama pada golongan muda yang buta sejarah. Maka pakatan pembangkang melalui Lim Kit siang cuba mencipta keraguan melampau terhadap kebenaran sejarah yang dipaparkan dalam filem Tanda Putera.

“Datuk Shuhaimi Baba tidak boleh anggap filem Tanda Putra sama seperti filem pontianak yang beliau hasilkan sebelum ini,” kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Beliau juga berkata, Shuhaimi sebagai pengarah filem Tanda Putra sepatutnya lebih prihatin tentang keadaan negara semasa membuat filem berkenaan tragedi 13 Mei 1969 tersebut. “Shuhaimi seharusnya mempertimbangkan dengan serius nasihat saya agar beliau tidak menganggap filem Tanda Putra dalam genre “filem hantu” seperti filem Pontianak beliau. “Beliau seharusnya lebih prihatin tentang keadaan negara ini khususnya berkenaan generasi masa depan negara, mempertahankan dan meningkatkan hubungan baik antara kaum serta keamanan dan keharmonian dalam negara,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Sejarah cuba diubah. Kekejaman segolongan kaum di negara kita cuba disorok. Babak panggung tiba-tiba digelapkan dan terdapat tulisan Cina di layar meminta para penonton Cina meninggalkan pawagam sebelum penonton yang masih tinggal dalam pawagam itu dibunuh. Itu adalah antara sejarah yang cuba dilenyapkan.

Sebenarnya kita tahu bahawa pakatan pembangkang mahu mengubah keseluruhan sejarah Negara. Komunis yang mengganggu ketenteraman Negara dan mencetus banyak penderitaan telah di angkat oleh mereka sebagai wira Negara. Begitu juga dengan sejarah British membawa pendatang Cina ke Negara kita untuk melombong bijih timah juga cuba diubah sebagai Cina lah yang membawa Islam ke Negara kita. Maka rakyat Negara kita harus bijak menilai penipuan yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana