Kecewa Rakyat Sokong Perubahan Buat Pas Kedah Panik Putar Belit Isu

KUALA LUMPUR, 27  Ogos – Pemuda UMNO melihat Pas Kedah kehausan isu untuk dimanipulasi setelah gagalnya mereka untuk menahan kehendak rakyat yang mahukan perubahan pada pilihan raya umum yang lalu.Exconya yang juga Ketua Pemuda Alor Setar, Datuk Zubir Zabidi berkata tidak hairanlah pelbagai isu dilontarkan namun pihaknya yakin rakyat khususnya kalangan pengundi yang telah memberikan kepercayaan untuk perubahan tidak akan terjerat dengan dakyah-dakyah sedemian.

kedah-pas-mahfuz-omar-mb-mukhriz-mahathir-umno-bn-kedah

Menurut beliau 100 hari pentadbiran kerajaan baru bukanlah satu tempoh yang lama dan berilah peluang sebaik mungkin untuk pimpinan kerajaan negeri yang diterajui Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengemudi sebaik mungkin.

“Saya kira rakyat tidak akan terpengaruh dengan segala tohmahan yang dilemparkan terhadap kerajaan negeri hari ini. Kerajaan yang ada kini mewarisi segala dasar kerajaan terdahulu.

“Tentunya ada perubahan dan sebagainya…Takkanlah segala perubahan dibuat secara drastik dan begitu juga dengan permasalahan yang timbul yang mana bukan hanya boleh diselesaikan dalam sekelip mata.

“Seperti yang saya sebut tadi…baru sahaja menjangkau 100 hari. Tunggu dan lihatlah dan jangan hanya sekadar menuding jari itu dan ini…,“ ujar beliau.

Beliau seterusnya menambah sikap menuding jari dan sebagaianya perlu dihentikan demi memastikan apa yang ingin dibawa pembaharuan oleh kerajaan baru hari ini tercapai.

“Dulu rakyat dah bagi peluang mereka mentadbir…sekarang giliran Barisan Nasional (BN) yang diberikan amanah. Tengoklah macam mana dan janganlah ghairah sangat nak buat tuduhan dan hukuman,“ ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana