Kabinet Lulus Jadikan Rela Sebuah Jabatan Sukarelawan

PUTRAJAYA- Kabinet bersetuju menjadikan Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) sebagai sebuah agensi kerajaan bertaraf jabatan, iaitu Jabatan Sukarelawan Malaysia, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata Jemaah Menteri yang bermesyuarat Rabu juga meluluskan gelaran pangkat dan lambang baharu.

“Semoga dengan penaiktarafan yang diluluskan Jemaah Menteri, ia akan memberi semangat baharu kepada Rela,” katanya pada majlis pelancaran Semarak Jalur Gemilang@relamalaysia 2013 di sini.

Pada bulan lepas, Ahmad Zahid berkata menjadikan Rela sebagai sebuah jabatan dapat memberikan peluang kenaikan pangkat serta menggalakkan lagi penglibatan anggota Rela yang separa aktif dan tidak aktif terutamanya lepasan universiti.

Dalam ucapannya, Ahmad Zahid berkata Rela yang kini dianggotai 2.87 juta ahli di seluruh negara telah melalui era transformasi yang membanggakan semenjak 2009.

“Bermula dengan penambahan ahli yang melonjak daripada 540,000 kepada hampir lebih kurang tiga juta pada akhir tahun ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata Rela yang menubuhkan Pasukan Pengurusan Krisis (CMT) di setiap daerah merupakan satu usaha pemantapan peranan Rela untuk membantu kerajaan khususnya ketika menghadapi keadaan-keadaan genting seperti bencana alam dan ancaman keselamatan.

“Saya yakin anggota Rela sudah bersedia untuk membantu mana-mana agensi keselamatan khususnya PDRM dalam usaha membanteras jenayah di negara ini,” katanya.

Mengenai Program Semarak Jalur Gemilang, Ahmad Zahid berharap ia dapat menyuntik semangat masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda cintakan negara.

“Saya yakin Rela dengan kepimpinannnya mampu menggerakkan semangat kecintaan terhadap negara ini melalui gelombang kesukarelaan yang dilaksanakan oleh Rela,” katanya.

- BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana