Guan Eng kritik Tanda Putera dalam perutusan merdeka

SHAH ALAM: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tetap menyifatkan filem Tanda Putera sebagai sebuah filem yang mengandungi unsur-unsur negatif yang bertujuan untuk memecahbelahkan rakyat.

Dipetik daripada perutusan kemerdekaannya, Guan Eng juga berkata filem tersebut adalah propaganda kerajaan untuk menyebarkan pembohongan kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Malaysia tidak mungkin berasa sangat luar biasa apabila kini seolah-olah lebih bergaya untuk menjadi seorang pelampau dan bersikap perkauman, untuk menyebarkan pembohongan daripada meraikan kebenaran dan menutup mata kita dengan rasuah dan ketidakadilan.

"Walau bagaimanapun hari itu akan tiba apabila adalah sangat tidak berjiwa Malaysia untuk menjadi seorang yang bersifat perkauman, pembohong dan perasuah.

"Rakyat Malaysia akan membongkar pembohongan seperti yang terkandung dalam filem tajaan kerajaan Persekutuan, Tanda Putera, yang menuai kebencian kaum dan memecah-belahkan, dan bukannya keharmonian dan perdamaian,"katanya.
 
Media sebelum ini melaporkan Guan Eng mengarahkan agar  filem Tanda Putera dilarang daripada ditayangkan di Pulau Pinang.

Setelah dikritik pelbagai pihak, Guan Eng melalui kenyataan mediannya berkata beliau hanya memberi "nasihat" namun tidak melarang filem itu dari ditayangkan.

Bagaimanapun surat daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) bertarikh 28 Ogos 2013 memberi amaran bahawa pihaknya yang mengeluarkan lesen permit pawagam dan tempat hiburan.

“Oleh itu pihak tuan/puan diarah supaya tidak menayangkan Filem ‘Tanda Putera’ di premis pawagam tuan/puan yang telah dijadualkan untuk tayangan mulai 29 Ogos 2013 kerana mengandungi babak-babak tertentu yang sensitif kepada masyarakat tempatan,” kata surat itu.

Surat itu ditandatangani oleh Azman Sirun, Pengarah Pelesenan MPPP.

Berikutan notis daripada penguasa tempatan, ketiga-tiga pemilik panggung wayang di Pulau Pinang iaitu Golden Screen Cinema, Lotus Filem dan Tanjung Golden Village memutuskan untuk tidak menayangkan filem Tanda Putera.

Filem Tanda Putera memaparkan perjuangan Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya Tun Dr Ismail Abdul Rahman membangunkan negara selepas tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Filem yang dihasilkan pada tahun 2011 itu bagaimanapun tidak diluluskan oleh Jemaah Menteri yang membuat keputusan menangguhkan tayangannya kerana dikatakan terdapat adegan yang tidak bersesuaian dan dikhuatiri boleh menimbulkan konflik di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Ia pada mulanya dijadual ditayangkan pada 13 September 2012, tetapi ditangguhkan ke 15 November tahun yang sama dan seterusnya ditangguhkan lagi pada 2013.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana