Dr Mahathir: DAP mahu kuasai politik Malaysia

6 Jun 2013 - SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa parti DAP bukan hanya mahu menguasai ekonomi negara semata-mata tetapi juga politik Malaysia.

Dipetik daripada blog CheDet, Dr Mahathir berkata, ia dapat dilihat berdasarkan kepada kebangkitan kaum itu menerusi siri himpunan anjuran pembangkang selepas PRU13 lalu.

Menurut Dr Mahathir lagi, PR yang terdiri daripada gabungan Pas, PKR dan DAP menyaksikan Pas antara parti yang paling banyak tewas, manakala DAP merupakan pemenang paling besar dengan kejayaan memusnahkan kerjasama di antara pelbagai kaum seperti ditunjukkan dalam gabungan BN.

“Pakatan ini jelas memberi keuntungan paling besar kepada cauvinis Cina dalam DAP, manakala Pas, Melayu paling ramai dalam parti Pakatan mendapat keuntungan paling sedikit, dengan memenangi hanya 21 kerusi berbanding 38 kerusi DAP dan 30 dari PKR.

“Sedangkan, jumlah kerusi yang ditandingi Pas paling banyak, ini menunjukkan bahawa DAP berusaha untuk membolehkan golongan Cina yang “sudah pun menguasai ekonomi” untuk turut menguasai politik Malaysia," katanya.

Pada masa sama, Dr Mahathir juga meramalkan bahawa perkembangan itu akan menyebabkan polarisasi kaum yang lebih serius manakala orang Melayu akan terus disisih daripada segi ekonomi dan politik.

“Di dalam dan di luar negara, pemuda Cina memakai baju hitam dan bertopeng membentuk sebahagian besar daripada peserta demonstrasi.

“Walaupun ia dianjurkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti PKR, sebahagian besarnya dihadiri kaum Cina terutama golongan muda. Biasanya, orang Melayu yang menjadi majoriti peserta demonstrasi. Protes itu seolah-olah dilakukan oleh kaum Cina,” ujarnya.

Menurutnya, jumlah orang Melayu yang sedikit di perhimpunan ini juga boleh dikaitkan dengan “keterasingan” pemimpin Pas dengan demonstrasi tersebut, yang didakwanya sebagai usaha menumbangkan kerajaan dengan cara “Arab Spring”.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana