Zahid: Langkah keselamatan diperketat

KOTA BHARU - Kawalan keselamatan negara tidak akan goyah dan pasukan keselamatan sentiasa bersiap sedia mengekang sebarang pencerobohan walaupun hanya berdasarkan maklumat melalui khabar angin, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, pihak keselamatan tidak akan memandang mudah perkara itu dan mengambil langkah kawalan yang sangat ketat seperti di Sabah yang kononnya akan berlaku gelombang kedua kemasukan pengganas Kiram.

“Walaupun saya tidak fikir surat yang kononnya dihantar pengganas untuk mencetuskan keganasan di Sabah itu adalah surat sebenar, tetapi langkah kawalan tetap diperkukuh sambil menyiasat punca sebenar surat itu.

“Pada masa sama, penduduk Sabah jangan khuatir dan jangan mendengar khabar angin yang hanya bertujuan menimbulkan kerisauan kepada penduduk Sabah,” katanya selepas melawat anggota polis trafik, Inspektor Farid Hasni Mamat, 33, yang putus kaki kanan akibat kemalangan di Kuala Besut, Terengganu pada Rabu lalu di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, semalam.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid, Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman dan Pengarah HUSM, Datuk Dr Zaidun Kamari turut hadir.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin kononnya ancaman gelombang kedua serangan akan berlaku pada Ogos yang disebarkan menerusi surat kononnya ditulis kumpulan pengganas Kiram.

“Saya tidak fikir surat itu surat sebenar pengganas Sulu dan tentu surat itu sesuatu yang agak melucukan kerana tidak ada orang yang beri tarikh dan ketika untuk masuk bagi melakukan keganasan dan saya harap surat itu tidak benar sama sekali,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, pasukan polis dan tentera sentiasa bersiap siaga dengan mempunyai pegawai dan anggota yang mencukupi serta aset kelengkapan yang boleh meletakkan tahap kesiapsiagaan itu di peringkat optimum.

Katanya, kerjasama dengan pihak keselamatan Filipina juga tetap erat bagi memastikan pergerakan masuk ke Sabah dipantau. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana