PRU13: Anwar bidas mahkamah pula...Siapa ANWAR Mempersoalkan Mahkamah?

PULAU PINANG: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berang dengan keputusan makamah menolak petisyen pilihan raya yang difailkan oleh pembangkang.

Beliau berkata peguam PKR akan membuat kenyataan tegas mengenai isu itu dan tindakan susulan juga sedang dibincang.

“Tidak masuk akal, ia tidak betul cara hakim menolak kes-kes atas faktor teknikal tanpa ia menerusi proses perbicaraan,” Anwar memberitahu pemberita.

Anwar selama ini lantang menolak keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 dengan alasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersekongkol dengan Barisan Nasional (BN) untuk memastikan kemenangan BN.

Antara lain Anwar mendakwa kononnya ribuan rakyat Bangladesh dibawa masuk ke Semenanjung untuk mengundi tidak disenaraikan dalam petisyen-petisyen yang difailkan.

Bagaimanapun dakwaan-dakwaan itu tidak disahut oleh PAS dan DAP. Anwar dan calon pembangkang yang menang juga mengangkat sumpah jawatan masing-masing mengikut jadual selepas pemilihan sengit itu Mei lalu.

Semalam Anwar terus mendakwa pihaknya mengemukakan bukti yang cukup dalam petisyen pilihan raya yang difailkan.

Sejak awal bulan ini, PKR dan PAS terpaksa membayar kos mahkamah berjumlah ribuan ringgit apabila petisyen pilihan raya mereka ditolak atas sebab teknikal.

Ia membabitkan kerusi DUN Teluk Bahang, Parlimen Titiwangsa, Parlimen Setiawangsa, Parlimen Ketereh, DUN Air Lanas dan DUN Kok Lanas.

BN juga menerima tamparan apabila terpaksa membayar kos selepas petisyen pilihan raya untuk Parlimen Batu, DUN Mengkebang dan Manek Urai ditolak.

Para PRU lalu, BN memenangi 133 kerusi Parlimen, menawan semula Kedah namun terus kecundang di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan.

Pakatan Rakyat memenangi 89 kerusi Parlimen dengan DAP muncul parti paling utama setelah menawan 38 kerusi Parlimen, berbanding 30 oleh PKR dan 21 oleh PAS.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana