Menteri Besar Terengganu Gembira Untuk Merealisasikan Impian Mohd Noor

Menteri Besar Terengganu,  Dato’ Seri Haji Ahmad Said telah bersetuju untuk menjayakan Walk For BN sebagai manifestasi sokongan kepada seorang penyokong Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Mat, 48 tahun, yang berhasrat menunaikan nazar beliau untuk berjalan kaki dari Kuala Besut ke Kuala Lumpur jika calon BN menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kuala Besut.
Kini  ternyata BN telah memenangi pilihanraya kecil itu dengan majoriti cemerlang 2,592 menewaskan calon Pas.

Mohd Noor yang juga seorang kakitangan  kerajaan negeri (Yayasan Islam Besut) beberapa hari sebelum berlangsungnya PRK Kuala Besut ada menyatakan bahawa beliau bernazar untuk berjalan kaki sejauh 600 kilometer sebagai tanda kesyukuran jika calon BN berjaya mengekalkan kerusi berkenaan.
Dato’ Seri Haji Ahmad dalam satu pertemuan dengan Mohd Noor di Pejabat Menteri Besar hari ini, 28 Julai 2013 bersetuju Walk For BN sebagai menifestasi kejayaan cemerlang BN dalam PRK Dun Kuala Besut 24 Julai baru-baru ini.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah dipilih oleh rakyat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, menggantikan Allahyarham Dr.A Rahman Mokhtar yang telah meninggal dunia.
Kemenangan itu menurut Menteri Besar amat bermakna agar kerajaan BN yang sedang mengurus tadbir negeri untuk faedah rakyat Terengganu tidak diganggu-gugat oleh pihak pembangkang.
Menurut Menteri Besar, ia (berjalan kaki)  bolehlah bermula dari Kuala Besut sampai ke Kuala Lumpur sama ada di Putrajaya ataupun di PWTC.

“Ia boleh merangsangkan lagi ke arah sokongan yang padu kepada BN dan akan berusaha memasukkannya ke dalam Malaysian Book of Record,” katanya kepada Terengganu Today.Berjalan kaki lebih 600 kilometer ini adalah suatu pencapaian yang luar biasa,” katanya.Difahamkan Mohd Noor akan berjalan 60 kilometer sehari dan dijangka memakan masa 12 hari untuk sampai ke Kuala Lumpur dari Kuala Besut.
Dato’ Seri Haji Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan tarikh yang sesuai daripada Y.A.B Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd.Najib untuk menyambut Walk For BN oleh penyokong BN ,Mohd Noor itu.

Terengganu Today akan menjadi portal rasmi  untuk mempromosikan Walk For BN, malah akan turut menjadi urusetia perlaksanaannya di bawah kelolaan Yang Berbahagia Dato’ Haji Wan Ahamad Wan Muda.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana