Keputusan ROS, tiada kena mengena dengan BN

SHAH ALAM: Keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatal dan tidak melayan mana-mana permohonan parti atau persatuan tiada kena mengena dengan Barisan Nasional (BN), kata Ketua Penerangan Selangor, Datuk Abdul Shukor Idrus.

Justeru, apa sahaja dakwaan pembangkang khususnya DAP kononnya ROS cenderung ke arah BN adalah mengarut dan ingin mencalar imej badan itu dikaca mata rakyat semata-mata.

Tambahnya, BN kini sedang sibuk menjalankan tugas dan janji-janji kepada rakyat dalam manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Mei lalu.

"Ini urusan itu Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak ada kena mengena langsung dengan Barisan Nasional. Berurusanlah dengan Pendaftar Pertubuhan, mengapa nak tuduh Barisan Nasional khianat mereka.

"Urusan mereka biarlah mereka uruskan dengan Pendaftaran Pertubuhan sedangkan kita tidak campur, kita banyak kerja lain," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi.

Akhbar The Star semalam melaporkan ahli-ahli DAP dimaklumkan agar tidak menaruh harapan untuk menubuh parti baru jika ROS membuat keputusan untuk membatalkan pendaftaran parti itu.

Akhbar itu memetik kenyataan Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman yang menegaskan bahawa pihaknya tidak akan melayan permohonan untuk menubuhkan parti baru.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dilaporkan berkata kenyataan Abdul Rahman itu cenderung kepada BN yang baginya menafikan peluang kepada parti dominasi Cina itu.

Kit Siang turut mendakwa, kerajaan BN sedang menyediakan satu kejutan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini berhubung pembatalan pentadbiran parti DAP.

Shukor kemudiannya menempelak DAP yang dilihat sengaja mahu memburukkan BN dan menyembunyikan kesilapan sendiri.

"Ini adalah taktik buruk mereka untuk menunjukkan, untuk meluahkan kepada rakyat menampakkan bahawa BN jahat, mahu kekalkan kuasa dan menganiaya parti pembangkang.

"Ini terbukti apabila pemilihan parti mereka menidakkan penyertaan kaum lain dengan memilih pemegang sesebuah jawatan di kalangan kumpulan tertentu sahaja," tegasnya.

Pada 15 Disember tahun lepas, DAP mengumumkan bahawa berlaku kesilapan pengiraan undi hanya selepas dua minggu pemilihan CEC berlangsung.

Pembetulan itu menyaksikan kedudukan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Zairil Khir Johari dari tangga ke-39 naik ke tangga 20 untuk membolehkan beliau dilantik sebagai anggota CEC yang terakhir.

Sementara Vincent Wu yang pada mulanya diisytiharkan sebagai anggota CEC dengan memperoleh 1,200 undi telah jatuh ke tempat ke-26 menurut laporan terbaru yang dikeluarkan oleh DAP.

Perkembangan itu mendapat banyak bantahan daripada ahli DAP dan mereka mendesak pemilihan CEC dilakukan semula. Bagaimanapun, pimpinan tertinggi DAP enggan melayan desakan itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana