Kediaman tertinggi Asia Akan Dibina Di Johor

JOHOR BAHRU 28 Julai - Johor bakal mencatat sejarah apabila satu projek kediaman mewah tertinggi di rantau Asia yang dikenali sebagai The Astaka@1Bukit Senyum di sini akan dibina di atas satu plot tanah pegangan bebas meliputi kawasan seluas hampir satu hektar.

Pengarah Urusan Astaka Padu Sdn. Bhd., Datuk Zamani Kassim berkata, projek yang menelan kos RM1.2 bilion itu dijangka siap sepenuhnya pada 2017 menerusi empat fasa iaitu pembinaan dua menara dengan ketinggian 65 dan 70 tingkat.

Katanya, projek itu sudah mendapat semua kelulusan termasuk untuk menjual setiap unitnya serta permit pengiklanan juga sudah dikeluarkan.

Perjanjian jual beli turut dimeterai dan kini terdapat kira-kira 60 peratus pembeli.

"Harga bagi setiap unit tersebut bermula dari RM900 per kaki persegi, sekali gus menjadikan nilai unit-unit tersebut berharga antara RM2 juta hingga RM8.45 juta," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Astaka Padu dan Penta Ocean Construction di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada yang disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini semalam.

Zamani berkata, The Astaka merupakan kediaman ultra mewah dan mempunyai 438 unit rumah dengan setiap sebuah berkeluasan 672.69 hingga 1,648.35 meter persegi serta menempatkan tiga hingga lima bilik tidur.

"Setiap tingkat disediakan lif peribadi dan hanya mempunyai empat unit kediaman serta dilengkapkan dengan sistem keselamatan empat lapis.

"Projek ini adalah rentetan kejayaan dan kewujudan Iskandar Malaysia yang menjangkakan lebih banyak pembangunan akan dicipta," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana