'Jangan malukan Malaysia' BAM Sudah Semakin Kurang AJar

KETUA Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong kecewa dengan sikap Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang tidak memandang serius mengenai etika berpakaian skuad badminton negara yang berlepas ke Hong Kong dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kelmarin.

Menurut Zolkples, tindakan BAM itu sangat memalukan kerana bagi beliau pemakaian uniform itu penting bagi melambangkan imej Malaysia semasa beraksi di luar negara.

"Saya amat kecewa dengan mereka (BAM). Saya melihat di televisyen malam tadi dan ia perkara yang memalukan.

"Saya rasa mereka seolah-olah untuk pergi bercuti, dan bukannya mewakili Malaysia untuk menghadapi sebarang kejohanan Dunia," kata Zokples.

Beliau berkata demikian ketika mengulas etika pemakaian pemain badminton negara yang tidak mengenakan uniform rasmi kebangsaan sebaliknya hanya memakai jeans.

Sikap BAM itu turut mengundang rasa tidak senang Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang bertindak menegur persatuan itu dan menganggap situasi itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan pemakaian uniform itu perlu bagi melambangkan imej Malaysia.

Mengulas lanjut, Zolkples berkata, susulan sikap BAM itu, pihaknya telah menghantar surat tunjuk sebab kepada persatuan itu kerana ia bukan kali pertama perkara itu berlaku.

"Khairy ada membawa kes itu kepada saya dan surat pun telah dihantar kepada BAM. Ini bukan kali pertama sebenarnya, saya pernah menegur BAM sebelum ini tetapi mereka seolah-olah tidak endah apa yang dikatakan oleh saya.

"Saya rasa tiada sebab kenapa mereka tidak memakai pakaian rasmi Malaysia kerana mereka ada menerima tajaan yang besar daripada segi pakaian dan sekiranya kejohanan di negara mereka boleh memakai pakaian kebangsaan, kenapa kejohanan dunia mereka berpakaian teruk.

"Mereka seharusnya memikirkan cara yang lebih istimewa ketika beraksi di luar negara kerana ia untuk menaikkan imej Malaysia di sana. Apa pun,saya harap dengan teguran oleh Menteri Belia dan Sukan sendiri, pihak BAM akan memandang serius hal ini," jelas beliau.

Khamis lalu, pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengetuai 29 pemain Malaysia ke Hong Kong untuk menjalani latihan fasa akhir selama 10 hari sebelum beraksi pada Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China dari 5 hingga 11 Ogos.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana