Dr Yusri kesal PAS anggap isu Syiah propaganda Umno...Masyallah PAS Ni...BAik Cermin Muka Lah

SHAH ALAM: Bekas Presiden ABIM Dr Yusri Mohamad kecewa dengan kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang menganggap isu Syiah yang menular di negara ini sekarang adalah propaganda politik Umno.

Katanya, sebagai pemimpin parti Islam, Khalid sewajarnya membantu membendung penyebaran ajaran sesat itu demi menjaga perpaduan ummah di negara ini dan bukannya membuat kenyataan berbentuk politik untuk kepentingan peribadinya.

"Cukup-cukuplah... Pemimpin macam beliau memang tidak patut disokong menjadi pemimpin dalam parti Islam. Saya rasa sikap Khalid Samad perlu disanggah dan ditegur oleh pemimpin-pemimpin dan ulama dalam PAS.

"Jika tidak nampak seperti PAS tidak bertegas dalam soal Syiah jika kenyataan seumpama itu tidak ditegur alim ulama PAS yang lain. Semua orang yang faham agama (mengikut) Ahli Sunnah Wal Jamaah termasuk PAS wajib menyanggah kenyataan beliau.

"Beliau pemimpin PAS, kenyataannya salah. Jika tidak ditegur ia membayangkan seolah-olah ini pandangan PAS," katanya ketika dihubungi Antarapos, di sini hari ini.

Khalid, yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat semalam berpendapat isu Syiah sengaja ditimbulkan baru-baru ini sebagai propaganda Umno untuk melaga-lagakan umat Islam di Malaysia.

Beliau berkata tindakan berkenaan adalah strategi Umno untuk mengekalkan kekuasaan mereka.

Mengulas lanjut, Yusri yang kini adalah Presiden Institut Kajian Islam dan Strategi (ISSI) berkata Syiah adalah satu ancaman besar yang boleh menggoyahkan akidah umat Islam jika tidak ditangani secara besar-besaran.

"Isu Syiah sangat jelas. Macam dia cakap isu sekular dan perkauman itu tuduhan beliau kepada Umno. Umno sendiri tidak pernah mengatakan ia sebuah parti sekular. Ia tuduhan dan masih kelabu isu itu.

"Termasuk tuduhan seolah-olah Umno parti berasaskan kebangsaan itu bercanggah dengan Islam. Itu fahaman dia yang cuba menyempitkan seolah-olah dalam Islam tiada pertimbangan soal kaum.

"Kalau nak banteras memang susah untuk lakukan sepenuhnya, namun kesukaran untuk membanteras seratus peratus tidak menghalalkan kita untuk tidak melakukan apa-apa. Kita wajib melakukan apa sahaja yang mampu untuk mencegah, menghalang dan menyekat," katanya.

Sehubungan itu, Yusri turut menggesa kerajaan dan badan-badan pertubuhan keagamaan supaya bertindak terhadap pengikut Syiah yang secara terang-terangan menonjolkan diri di media massa.

"Dah sampai masanya untuk ambil kesepakatan dan polisi yang seragam oleh pihak berkuasa agama terhadap individu-individu yang terang-terang mengaku Syiah.

"Saya tahu bukan mudah sebab mereka ada dokongan dari negara luar, mungkin bilangan makin ramai, tetapi perlu ada polisi yang seragam sama ada menahan mereka atau hantar ke pusat pemulihan atau sekurang-kurangnya menyekat kegiatan mereka sehingga mereka tak boleh menyebarkan kepada ornag lain dan memantau. Itu perlu dibincangkan," katanya.

Beberapa pemimpin Syiah dalam tempoh dua minggu ini kerap muncul di media dengan membuat pendedahan kononnya bilangan pengikut ajaran sesat itu semakin bertambah sehingga mencecah satu juta orang.

Terbaharu, Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan secara terang-terangan mengakui membuat laporan polis mengenai ugutan bunuh yang diterimanya, selain menangkis tanggapan negatif orang ramai mengenai ajaran Syiah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana