Bunuh:PM minta polis tindak segera pulihkan keyakinan rakyat

Kejadian bunuh guna senjatapi di lampu-lampu isyarat dan tempat-tempat lain yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini turut mencetuskan kebimbangan pada Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terbaru Isnin,Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur.

Perdana menteri turut melahirkan kebimbangan berikutan beberapa kejadian pembunuhan menggunakan senjata api yang berlaku mutakhir ini berkata kejadian seumpama itu akan menyentuh perasaan dan keyakinan serta menambah kebimbangan rakyat terhadap soal keselamatan dan jenayah berat dalam negara.
   
Menjawab soalan mengenai isu berkenaan semasa sidang akhbar di Kementerian Kewangan di Putrajaya tengahari Selasa,Najib berkata kerajaan sedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan apa sahaja yang perlu, mengikut asas dan kemampuan, untuk menambah keberkesanan dalam usaha memerangi jenayah, khususnya jenayah berat, di negara ini.
   
Serentak dengan itu beliau mahu pihak polis mengambil tindakan segera untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap apa yang berlaku mutakhir ini.
   
“Terpulang kepada polis untuk meminta daripada kerajaan apa yang mereka perlukan dari segi meningkatkan keupayaan dalam lingkungan alasan dan kemampuan yang boleh kerajaan sediakan untuk memerangi jenayah terancang dan jenayah berat dalam negara.
   
“Kita bersedia menimbangkan permohonan dan kehendak polis asalkan ada jaminan tiada salah guna kuasa dan hak kemanusiaan,” katanya.

Bagi tindakan segera, Najib berkata polis akan menggunakan undang-undang sedia ada untuk melaksanakan apa yang boleh dilakukan dalam memerangi jenayah berat itu.
   
Selain itu, Najib berkata satu jawantakuasa kecil yang terdiri daripada beberapa menteri termasuk Menteri Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah ditubuhkan.
   
Beliau berkata jawatankuasa itu akan berbincang dengan Peguam Negara (AG) dan Ketua Polis Negara (KPN) bagi menentukan peruntukan tambahan dalam undang-undang yang boleh memperkukuh keupayaan bidang kuasa polis untuk bertindak.
   
“Perkara ini akan dibawa ke sesi Parlimen yang akan datang.
   
“Kita tidak boleh biarkan keadaan ini berterusan dan tindakan segera dan serius perlu diambil oleh pihak berkuasa untuk mengembalikan ketenteraman dan keyakinan rakyat," katanya.

Semalam, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi maut manakala isterinya cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur.
   
Ahad lepas, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.
   
Seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April..

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana