Bloger setuju kerajaan kaji semula kebebasan internet

SHAH ALAM: Bloger Rocky Bru atau nama sebenarnya  Datuk Ahirudin Attan bersetuju dengan cadangan supaya kerajaan menyemak semula kemudahan akses internet di negara ini  yang kini pada tahap kritikal kerana terlampau diberi kebebasan.

Bagaimanapun, katanya sebelum berbuat demikian Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek perlu mengambilkira pandangan semua pihak dalam menimbangkan kewajaran berkenaan.

"Sekarang ini pun dah banyak sangat berlaku penyalahgunaan internet. Terlalu kerap dengan yang terbaru kes Alvivi (Alvin-Vivian), kes kutuk agama Islam, agama (lain) dang bangsa, sebab itu kerajaan terpaksa melihat balik perkara ini.

"Seelok-eloknya bawa pelbagai pihak untuk berbincang. Tak perlu bawa ahli politik untuk berbincang. Boleh bawa persatuan ibu bapa, persatuan pengguna internet, boleh bawa bijak pandai kita. Ambil pandangan mereka," katanya ketika dihubungi Antarapos di sini, hari ini.

Menurut  Ahirudin yang juga bekas editor beberapa akhbar terbitan Kumpulan New Straits Times, secara peribadi, beliau melihat rakyat Malaysia tidak tahu menilai kebebasan internet yang diberikan itu.

"Kalau kebebasan tak ada batasan, apa pun boleh boleh berlaku. Jadi ianya perlu tapi kena dilakukan dengan betul dan mengambilkira pandangan semua pihak," katanya.

Menurut beliau, englibatan dan pandangan daripada ahli politik hanya perlu diambilkira semasa perkara itu dibentangkan di Dewan Rakyat untuk diperdebatkan.

"Bila dah sampai ke parlimen (Dewan Rakyat), kita boleh ambilkira pandangan daripada kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang," katanya.

Semalam , Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendakwa penyalahgunaan internet di negara ini berada pada tahap kritikal kerana terlampau diberi kebebasan.

Justeru, katanya, kerajaan tidak teragak-agak untuk menyemak semula kemudahan akses internet berkenaan.

Namun, kenyataan Shabery itu mendapat reaksi negatif daripada pembangkang. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan ia sebagai tindakan terdesak BN untuk terus mengekalkan kuasa.

Kecenderungan menghasut, membuli, mengugut, menipu memfitnah

Mengulas isu yang sama, Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz berkata kenyataan Lim itu langsung tidak berasas.

Sebaliknya, menurut beliau, tindakan berkenaan semata-mata adalah untuk membendung penyalahgunaan internet yang kritikal sehingga boleh mengancam perpaduan negara.

"Isunya bukan internet tapi penyalahgunaan internet di tahap yang kritikal sehingga ada kecenderungan menghasut, membuli, mengugut, menipu dan memfitnah," katanya menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Antarapos, hari ini.

Tambah beliau lagi, undang-undang berkaitan yang sedia ada juga boleh ditambahbaik, selain masyarakat perlu terus dididik untuk lebih menghargai kebebasan yang diberikan di samping menyaring maklumat terlebih dahulu bagi membuktikan kesahihannya.

"Undang-undang sedia ada boleh digunakan dan undang-undang baru boleh diperkenalkan supaya penyalahgunaan internet dapat dikawal dan dihentikan. Selain itu mekanisme dan 'manpower' penguatkuasaan dan siasatan boleh diperkukuhkan lagi.

"Pada waktu yang sama kena didik rakyat secara berterusan untuk saring dan maklumat dan apa saja yg diterima dari internet," katanya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana