Beranikah PAS minta pemimpin didakwa terbabit Syiah berbaiah?

Dakwaan adanya pemimpin kanan PAS terbabit ajaran Syiah bukanlah cerita baru.

Sudah kerap perkara itu digembar-gembur dalam media dan turut didedahkan dalam blog.

Hanya apabila kerajaan Kedah pimpinan Datuk Mukhriz Tun Mahathir mengharamkan ajaran itu, isu ada pemimpin tertinggi PAS terbabit fahaman itu bergelora semula melalui pendedahan Utusan Malaysia.

Apatah lagi, bekas naib presiden dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali mengakui selama ini sudah ada bukti-bukti menunjukkan ada pemimpin tertinggi PAS mengamalkan fahaman Syiah.

Menyedari isu tersebut boleh menjejaskan PAS, parti yang selama ini melaung-laungkan kononnya memperjuangkan Islam, bangkit menafikan perkara itu dengan dakwaan ianya andaian semata-mata dan bersifat politik.

“ Tiada pimpinan utama PAS terlibat dengan ajaran Syiah,” itu ditegaskan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sambil mengecam tindakan media arus perdana yang cuba memberikan bayangan sebaliknya.

“Tindakan tersebut lebih bersifat politik, dengan menghalakan tuduhan tanpa bukti kukuh hanya bersandar kepada andaian semata-mata,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Katanya, tindakan beberapa orang pimpinan parti mempunyai hubungan peribadi dengan pimpinan Iran atau gerakan Islam Timur Tengah seperti Hizbullah bukan bermakna mereka pengikut Syiah.

“Jika begitu, bagaimana pula dengan mereka dan kerajaan yang mempunyai hubungan dengan Zionis Yahudi?

“Isu Syiah bukan isu politik kerana ia merupakan isu aqidah dan kefahaman terhadap ajaran Islam. Atas sebab itu, PAS memberikan amaran kepada mana-mana pihak yang ingin menggunakan isu ini untuk menyerang pihak lawan untuk keuntungan politiknya,” ujar beliau.

Katanya, PAS kesal dengan pelbagai tuduhan liar tidak berasas yang dilemparkan kepada parti.

Malah tegasnya, ahli PAS mesti berpegang dengan ahli Sunnah Wal Jamaah.

Tuan Ibrahim berkata, jika ada yang menganut fahaman Syiah, maka ia secara automatik terkeluar dari menjadi ahli PAS.

“PAS juga ada sistem pemantauan dalaman yang sentiasa aktif bagi memastikan seluruh ahli parti tidak melanggar syarat tersebut; dan kita mengalu-alukan sebarang bukti yang melibatkan ahli parti dapat dikemukakan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti,” jelasnya.

Namun, penjelasan Tuan Ibrahim amat berbeza dengan pendapat Dr Hasan kerana katanya, PAS sukar untuk menafikan bahawa fahaman Syiah tidak wujud di dalam parti itu.

Ini kerana kegagalan pucuk pimpinan mengambil tindakan tegas terhadap sebarang berita atau aduan mengenai penglibatan pemimpin serta ahlinya di dalam fahaman tersebut.

Dr. Hasan yang dipecat daripada PAS akhir tahun lalu berkata, selama ini sudah ada bukti-bukti yang menunjukkan terdapat pemimpin tertinggi PAS mengamalkan fahaman Syiah.

Pemimpin itu ujarnya, dikatakan tidak menunaikan solat Jumaat, melakukan pelbagai taqiyyah (berpura-pura) selain tersebarnya video kunjungan hormat pemimpin berkenaan ke atas rejim ganas Bashar al-Asad ketika seluruh umat Islam mengutuk keganasan Presiden Syria terhadap rakyatnya sendiri.

Justeru itu, Tuan Ibrahim tidak boleh menyifatkan pendedahan mengenai pimpinan PAS terbabit ajaran Syiah sebagai cubaan jahat kononnya hanyalah usaha musuh-musuh PAS bagi memecahbelahkan parti terutama menjelang pemilihan parti pada November ini.

Sewajarnya, sebelum Tuan Ibrahim menunding jari ke pihak lain, PAS wajar meneliti dakwaan itu dengan serius.

Jangan kerana pemimpin yang dikaitkan dengan fahaman Syiah berkedudukan tinggi dalam parti dan ada pula ahli Parlimen, PAS cuba menutup pekung dan memejamkan mata begitu sahaja.

Menyatakan jika ada mana-mana pemimpin atau ahli PAS terbabit Syiah secara automatik terkeluar daripada parti tidak memadai.|

Sepatutnya, PAS menggunakan senjata mereka yang paling berkesan bagi menguji kesetiaan pemimpin mereka iaitu dengan berbaiah.

Jika sebelum ini wakil-wakil rakyat PAS diminta Berbaiah hingga tertalak isteri jika mereka lompat parti, wajarlah cara sama dilakukan bagi memastikan mereka yang menganuti ajaran Syiah.

Malangnya, PAS mungkin tidak berani menetapkan syarat demikian kerana umum tahu parti itu kerap dengan ‘fatwa-fatwa’ sendiri bagi membebaskan diri jika ada perkara menimpa batang hidung sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana