Bagi sesiapa yg belum baca...Kisah Sebenarnya GB SK Seri Pristana

Mohamad Nasir Mohd Nor, 57 tahun, anak kelahiran Tanjung Karang, Selangor dan berpengalaman bertugas sebagai pendidik selama kira-kira 34 tahun. Berikut hasil temu bual saya melalui panggilan telefon bersama Mohamad Nasir pada jam 10 malam tadi.

1. Beliau TIDAK diarahkan bercuti oleh Jabatan Pendidikan Negeri Selangor atau Kementerian Pendidikan Malaysia. Nasir sebenarnya memohon cuti secara sukarela dan diluluskan oleh Pejabat Pendidikan Daerah kerana khuatir berhubung ugutan jenayah diterimanya.

2. Tindakan membuka ruang makan alternatif di bilik persalinan telah diusulkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pentadbiran Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, PIBG. Lawatan tapak dilakukan bersama dan ruang terbabit didapati bersih dan sesuai digunakan.

"Kantin sekolah berupaya menampung kira-kira 150 pelajar, selebih mereka berehat pada satu sesi terpaksa makan sambil duduk di tepi longkang dan laluan. Pada waktu tengahari sinaran matahari terik memancar dan sebahagian daripada ruang kantin menajdi panas. Pelajar terpaksa makan dan minum dalam keadaan amat tidak selesa," ujar ayah kepada 6 anak itu.

3. "Apakah bentuk pengubahsuaian dilakukan di kantin dan mengapakah kantin ditutup untuk kegunaan pelajar?," soal saya.

"Dua laluan ke bilik guru dengan 3 daun pintu kayu digantikan dengan pintu kaca. Sehari selepas kontraktor membuat kerja pengubahsuaian, saya dapati pintu kaca belum sempat dipasang diletakkan di ruang kantin. Pada masa sama, saya menemui kesan tapak kaki pelajar di kawasan sekitar. Saya berasa bimbang, jika pelajar tercedera dan pihak sekolah kemudian memasang tali penghadang berwarna merah dan putih buat sementara waktu," jelas Mohamad Nasir lagi.

4. Guru Besar lulusan Maktab Temenggung Ibrahim, Johor Bahru itu berkata ...

"Saya kecewa kerana ramai individu melontarkan komen dan menjatuhkan hukuman terhadap saya TANPA usul periksa. Mereka juga tidak pernah hadir di SRK Sri Pristana. Sebilangan orang awam bertanya, mengapakah pelajar tidak dibenarkan makan di dalam kelas? Peraturan standard sekolah melarang pelajar berada di dalam kelas untuk mengelakkan kes kecurian barang berlaku. Pembinaan kanopi pula membabitkan kos tinggi. Sebuah kanopi bersaiz 20x20 kaki dianggarkan berharga lebih RM2,000," kata beliau lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana