ADUN BN gesa kerajaan negeri bantu penduduk miskin

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Halimaton Saadiah Borhan mencadangkan agar kerajaan negeri membantu pemilik flat kos rendah yang gagal menjelaskan yuran penyenggaraan.

Katanya, kerajaan negeri boleh memperuntukkan sedikit hasil negeri untuk membantu pemilik yang benar-benar memerlukan bantuan disebabkan kesempitan di segi kewangan berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Beliau menyifatkan tindakan mengheret mana-mana pemilik yang gagal menjelaskan caj tersebut ke mahkamah sebagai tindakan yang kurang sesuai, malah langsung tidak membantu menyelesaikan masalah.

"Kalau mereka mengambil tindakan yang drastik seperti itu, ia tidak akan membantu golongan berpendapatan rendah yang tinggal di perumahan kos rendah ini. Kalau boleh, saya nak minta kerajaan negeri yang prihatin ini mesti mencari satu kaedah bagaimana nak selesaikan masalah ini dengan cara yang terbaik.

"Contohnya, mereka ini kata kerajaan prihatin dan banyak rizab simpanan jadi berilah sedikit subsidi kepada mereka yang tak mampu ini," katanya kepada Antarapos.

Tambah beliau, pemilik flat berkemungkinan mempunyai bebanan kewangan yang besar dan menyukarkan mereka menjelaskan caj penyenggaraan sehingga tertangguh untuk jangka masa yang lama.

"Kalau mereka diheret ke mahkamah, pastinya dikenakan tindakan undang-undang. Kalau mereka dikenakan tindakan undang-undang, saya nampak ianya lebih menyusahkan penghuni ini.

"Pada pandangan saya, mereka rata-rata tak mampu membayar (caj penyenggaraan) kerana pendapatan mereka tak mengizinkan berbuat demikian kerana banyak perkara lain yang perlu mereka utamakan dahulu sebab itu ia bertangguh-tangguh," katanya lagi.

Mengulas mengenai laporan sebuah portal yang memaparkan kemiskinan penduduk sebuah flat di kawasan beliau, Halimaton berkata pihaknya telahpun turun padang bagi melihat sendiri keadaan penduduk di situ.

Selain memberikan bantuan berupa barang makanan dan kewangan, beliau juga mengedarkan borang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai usaha membantu penduduk terbabit mendapat elaun bulanan daripada jabatan berkenaan.

"Memang rata-ratanya susah, tapi kalau mereka tak datang kepada kita untuk meminta bantuan, kita pun tak tahu masalah mereka.

"Masa saya turun hari itu, saya ada beri borang bantuan JKM kepada mereka dan memberi bantuan makanan serta sedikit wang," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana