Terima dana asing, Anwar tak patriotik - ISMA

BANGI: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyifatkan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima bantuan dana asing  dalam siri perhimpunan Blackout 505 sebagai tidak patriotik.
Ketua Biro Politik ISMA, Aminuddin Yahaya berkata tindakan itu dilihat hanya untuk kepentingan peribadi semata-mata dan mengucar-kacirkan negara selepas tewas dalam pilihan raya umum ke-13 Mei lalu.

Beliau mahu Ketua Umum PKR itu memberi penjelasan berhubung dana asing yang diterima seperti yang didakwa bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

“ISMA membantah perkara ini, mana-mana pihak sekalipun tidak boleh menerima bantuan asing. Jadi Dato’ Seri Anwar perlu jawab dakwaan ini.

“Jika benar, maka ini satu tindakan yang sangat tidak patriotik  kerana tidak memikirkan kepentingan negara, sehingga lebih mementingkan kepentingan peribadi,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, Anwar perlu mendedahkan apa agenda dan perjanjian yang sebenarnya antara beliau dengan negara asing yang memberi dana supaya rakyat dapat menilai sama ada perkara itu boleh diterima ataupun tidak.

Beliau mengulas kenyataan Jusuf Kalla, yang menyatakan Anwar dibantu beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di Thailand dan China dalam menjayakan siri himpunan Blackout 505 dalam satu wawancara bersama Ketua Editor Merdeka-Online.

Dalam wawancara tersebut, Jusuf turut memberitahu bahawa pencerobohan di Lahad Datu turut melibatkan campur tangan kawan-kawan seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina.

Soal  Amin, perlukah meminta bantuan negara lain jika mahu berjuang di negara sendiri?

Apa yang terjadi seolah-olah beliau seperti boneka dan orang suruhan untuk perjuangan orang lain.

“Kenapa harus mengambil bantuan orang lain untuk berjuang di negara sendiri,  ia seperti boneka dan orang suruhan. Ertinya ini perjuangan siapa, perjuangan beliau atau perjuangan orang lain?

“Rakyat perlu fikir dan tahu, tidak ada negara yang membenarkan kemasukan dana asing masuk kerana salah dari segi kedaulatan negara, sama ada isu pencerobohan Lahad Datu, Blackout 505 atau sebagainya.

“Jadi, kepimpinan beliau harus ditolak dan kerajaan patut mengenakan tindakan ke atasnya kerana mencemar kedaulatan negara,” kata Amin lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana