Shahrir Samad Sekali Lagi Dipilih Pengerusi BNBBC

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Anggota Parlimen Johor Baharu Tan Sri Shahrir Abdul Samad sekali lagi dipilih sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) bagi penggal Parlimen ke-13.

Shahrir, 63, pernah memimpin BNBBC bagi penggal Parlimen ke-11 selama dua tahun sebelum meletak jawatan pada 2006.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen di sini berkata pemilihan beliau secara sebulat suara dibuat pada mesyuarat BNBBC semalam, selepas pembukaan rasmi penggal pertama Parlimen ke-13 oleh Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Shahrir berkata mesyuarat itu turut mengekalkan anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sebagai timbalan pengerusi dan anggota Parlimen Mersing, Datuk Dr Latiff Ahmad sebagai setiausaha.Sebelum ini, jawatan pengerusi dipegang anggota Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing.Ditanya mengenai visi BNBBC pada penggal Parlimen kali ini, Shahrir berkata kerjasama antara eksekutif dan penyokong kerajaan (Backbenchers) perlu dimantapkan kali ini.

"BNBBC juga kena tunjuk sebagai BN kita kena bertindak atas fakta dan boleh berhujah, ada fakta dan tindakan selari untuk memajukan program dan asas polisi kerajaan," katanya.

Tambah Shahrir, jawatankuasa BNBBC sedang dalam proses dimuktamadkan dan ia dijangka selesai minggu ini.

BERNAMA

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana