PSM Dipinggirkan Walaupun Selalu Agungkan Pemimpin Pakatan...

Sekarang ini kecoh bila mana Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Nasir Hashim meluahkan perasaan kecewa apabila Pakatan Rakyat (PR) sudah menikam belakang parti itu selepas PRU13.

Kata Nasir, beliau dan ahli-ahli PSM merasakan tertipu dengan kenyataan dan janji dari pemimpin tertinggi PR lebih-lebih lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan sentiasa menjaminkan kepentingan PSM dalam arena politik Malaysia.

Ternyata, selepas PRU13, nasib PSM terus diketepikan oleh pakatan hinggakan segala usaha PSM selama ini yang sanggup berjuang bersama-sama pakatan langsung tidak dihargai.

Sejak dari tahun 1999 lagi, calon yang dihantar oleh PSM untuk bertanding dalam pilihan raya hanya bertanding atas tiket PKR.

PSM mungkin memikirkan kononnya hubungan baik yang terjalin dengan PR untuk berjuang adalah satu usaha dan tindakan yang baik.

Tetapi tidak kini apabila pakatan yang dinaungi oleh PKR-PAS-DAP tidak pernah mengiktiraf ‘tempelan’ PSM dalam parti gabungan itu.

Inilah silapnya PSM apabila terlalu mengagungkan pemimpin pakatan hinggakan semangat setiakawan yang ditunjukkan kepada PR dipandang remeh.

Mana tidaknya, PSMlah parti selama ini yang sanggup berhujan panas dalam ceramah pakatan, sanggup berhabis tenaga yang kononnya mahu membantu pakatan menakluk Putrajaya.

Sebelum menghadapi PRU13, pakatan begitu yakin dengan kerjasama PSM dalam meraih undi apatah lagi untuk menang beberapa kerusi yang mereka rasakan mampu mengalahkan kerajaan BN.

Tetapi, selepas keputusan keluar, seperti biasa Anwar melahirkan rasa tidak puas hati dan terus menuding jari menyalahkan PSM tidak ada memberikan sebarang bantuan kepada PR.

PSM selalu melaungkan semangat bekerjasama dengan pakatan pembangkang adalah demi melawan musuh negara dari terus melingkupkan negara kita ini. Hakikatnya sekarang ini, pakatan sendiri adalah musuh sebenar yang perlu PSM terima.

Bila sudah jadi begini, barulah PSM mahu membuka mata mengatakan mahu menimbang semula kerjasama yang terjalin antara PR.

Kenapa tidak dari dulu lagi PSM celik mata dan akal untuk berfikir secara teliti sikap tikam belakang yang pakatan sudah lakukan.

Tidaklah akan menjadi seperti sekarang, PSM terus dipinggirkan dek kerana taksub dengan pemimpin yang dikatakan bagus untuk membantu semua pihak.

Sudah tiba masa PSM berfikir sendiri dan tak perlu mengikut telunjuk pakatan kerana yang menerima kesan buruk dipenghujungnya adalah pihak lain, bukanlah pakatan pembangkang sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana