KEBODOHAN GUAN ENG SALAHKAN KERAJAAN BN PASAL JERUBU DI P.PINANG !!

Pergerakan Pemuda UMNO mengkritik tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyalahkan pihak Kerajaan Pusat berhubung masalah jerebu yang melanda di Negara ini.

Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata, krisis pencemaran udara yang berlaku di beberapa kawasan di Malaysia berpunca daripada kegagalan Indonesia bertindak tegas menyelesaikan isu pembakaran hutan secara terbuka.

"Masalah jerebu ini berlaku hasil daripada kesilapan di Negara jiran. Malaysia terpaksa menanggung kekurangan dari segi ketegasan Indonesia menangani masalah berbangkit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri upacara Solat Istisqa' anjuran sayap parti UMNO itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Megat Firdouz juga beranggapan tidak adil bagi Guan Eng menuding jari terhadap pihak Kerajaan kerana ianya merupakan salah satu bencana alam yang bukan berpunca dari Negara ini.

Tambahnya, Guan Eng yang merupakan salah seorang Pemimpin di peringkat Negeri sewajarnya dapat membandingkan isu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

"Ianya tidak adil untuk Guan Eng sengaja mengambil kesempatan mempolitikkan ke atas satu melapetaka yang ditanggung kita (Kerajaan Malaysia) bukan kerana hasil kesilapan kita. Jangan hanya hendak mempolitikkan semua perkara.

"Malah sebagai sebuah Kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab, jika masalah ini berlaku di Pulau Pinang sekalipun kita akan bantu," ujarnya.

Sebelum ini, Guan Eng mendakwa Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel lebih mementingkan panda berbanding keselamatan rakyat negara ini ekoran tindakan Palanivel menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai perlindungan dua ekor beruang panda gergasi dari Cina di Zoo Negara.

Palanivel hari ini akan ke Indonesia untuk bertemu rakan sejawatannya Balthasar Kambuaya bagi mencari penyelesaian segera terhadap kebakaran yang menyebabkan Malaysia dilanda jerebu tebal, selain Singapura dan Indonesia sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana