DARIPADA 102 CALON DUN, HANYA SEORANG MELAYU. PARTI BERBILANG BANGSAKAH DAP?

Daripada 102 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi DAP, hanya satu orang sahaja diperuntukkan kepada Melayu iaitu di DUN Mentakab, Pahang yang ditandingi Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Selebihnya 101 calon adalah bukan Melayu di mana calon Cina mendominasi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP itu.

Kecuali Melaka, Johor dan Sabah, DAP menang di semua DUN yang dipertandingkan.

Di DUN Kedah, DAP menang 2 daripada 2 DUN dipertandingkan, Perak menang 18 (daripada 18 calon), Pulau Pinang menang 19 (19) Selangor, menang 15 (15), Pahang, menang 7 (7) dan Negeri Sembilan, menang 11 (11).

Di Melaka, DAP kalah 2 kerusi DUN daripada 8 calon dipertandingkan, Johor kalah 1 daripada 14 calon dan Sabah kalah 4 daripada 8 calon.

DAP kalah di DUN Klebang, Bemban (Melaka), Paloh (Johor), Melalap, Elopura, Tanjong Papat dan Karamunting (Sabah)

Kecuali DUN Derga, semua calon DAP bertanding di kawasan DUN majoriti pengundi Cina.

Di dua DUN Pulau Pinang, iaitu DUN Pengkalan Kota dan Berapit, calon BN hilang wang pertaruhan.

N27 -Pengkalan Kota

Pengundi: 19,980 Pecahan Kaum: M:0.93% C:94.74% I:4.2% L:0.13%
Jumlah Undi: 17,468 Undi Rosak: 243 Peratus Mengundi: 77.69

Lau Keng Ee (DAP) 15,403 (13,600)
Loke Cheang Gin @ Loke Poh Chye (BN) 1,803

N13 – Berapit

Pengundi: 22,394 Pecahan Kaum: M:4.57% C:85.32% I:9.84% L:0.27%
Jumlah Undi: 19,422 Undi Rosak: 165 Peratus Mengundi: 86.72

Ong Kok Fooi (DAP) 16,995 (14,765)
Lau Chiek Tuan (BN) 2,230

Di DUN Derga, Kedah sepatutnya DAP meletakkan calon Melayu kerana pola pengundian DUN itu Melayu 56% Cina 39% dan India 4%, namun DAP tetap memilih calon Cina bertanding di DUN itu.

N11 – Derga

Pengundi: 26,695 Pecahan Kaum: M:56% C:39% I:4%
Jumlah Undi: 21,953 Undi Rosak: 332 Peratus Mengundi: 82.23

Tan Kok Yew (DAP) 10,358 (1,156)
Dr. Cheah Soon Hai (BN) 9,202
Abdul Fisol Mohd Isa(BERJASA) 2,061

Satu-satu calon Melayu DAP diperuntukkan di DUN Mentakab, Pahang, iaitu Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

N30- Mertakab

Pengundi: 16,991 Pecahan Kaum: M:52.04% C:40.07% I:5.83% L:2.06%
Jumlah Undi: 14,467 Undi Rosak: 220 Peratus Mengundi: 85.14

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji(DAP) 7,882 (1,554)
Chuah Boon Seong (BN) 6,328

Tengku Zulpuri merupakan kerabat Diraja Pahang, anak sulung kepada Tengku Puji Tengku Abdul Hamid iaitu bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat.

Berbeza dengan ayahandanya, Tengku Zulpuri memilih menyertai DAP pada tahun 2000 dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP Pahang.

Pada tahun 2009, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Selayang, Selangor atas kouta DAP.

Tengku Zulpuri juga salah seorang daripada 6 Melayu DAP yang tewas dalam pertandingan pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu, Disember lalu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana