DAP persoal jawatan penasihat Petronas Dr M...Dasar DAP Memang Kurang Ajar

KUALA LUMPUR: Pembangkang hari ini menggesa kerajaan memperjelaskan kewajaran jawatan di Majlis Penasihat Petroleum Negara (Petronas) terus diberikan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri berkata peruntukan bagi menjawat penasihat Petronas itu sepatutnya diberikan kepada ahli yang menganggotai majlis tersebut dan bukan diberikan kepada indvidu tertentu.

"Adakah penasihat itu diwujudkan atau tidak sebab ada yang kata juga kata Penasihat Petronas ini mesti terlibat dengan Majlis Petronas yang disarankan oleh Majlis Penasihat Petroleum Negara sendiri.

"Dan kepentingannya ialah peranan penasihat ini adalah bagi menasihatkan perdana menteri tentang petroleum dan gas.

"Tetapi adakah jawatan penasihat ini diwujudkan dan kalau diwujudkan, adakah negeri-negeri dan wakil-wakil pengeluar minyak itu ada bersama dalam menasihatkan perdana menteri," soalnya pada sidang media di lobi parlimen di sini, hari ini.

Sehubungan itu, ahli parlimen DAP itu juga menuntut kerajaan menjelaskan di bawah peruntukan mana yang membolehkan Mahathir menjadi penasihat kepada Petronas.

Beliau dalam pada itu turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan satu kawasan petroleum yang dipajakkan kepada sebuah syarikat bernama Pexco.

"Kita berasa gelisah mendengar satu perkhabaran bahawa satu kawasan yang sangat besar dipajakkan kepada sebuah syarikat bernama Pexco.

"Pexco ialah milik Ananda Krishnan, ia memulakan kerja cari gali pada 4 Mei lalu dan diadakan selama 80 hari," katanya.

Pexco NV ialah sebuah syarikat luar pesisir yang didaftarkan di Netherlands Antilles dan adalah suatu bahagian daripada syarikat Usaha Tegas milik Ananda yang berdaftar di Jersey USA.

Katanya lagi Pexco kini mendapat konsesi seluas 25,000 kilometer persegi di perairan Sarawak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana