Anwar VS Annuar di Dewan Rakyat

Antara yang menarik pada hari pertama perbahasan Parlimen Rabu adalah pertembungan dua orang lama...Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa.

Kedua-duanya dulu pernah menganggotai kabinet bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan sama-sama dalam dalam Majlis Tertinggi UMNO.

Masing-masing aktif dalam UMNO pada awal tahun 80-an, secara politiknya mereka terpisah selepas Anwar dipecat dari UMNO pada 1998.

Annuar memang dikenali sebagai pendebat yang hebat dalam UMNO.

Malah ada kalangan yang asyik memerhati mereka berentap di CCTV Parlimen berkata 'ini baru level'.

Anwar yang membahas titah Yang Dipertuan Agong jenuh bersilat apabila diasak oleh Annuar yang bergandingan dengan Ahli parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Ia bermula mengenai kisah ahli parlimen pembangkang yang cuba memperlekeh ucapan perasmian Dewan Rakyat oleh Yang Dipertuan Agong semalam sehinggalah soal undi popular yang kononnya pembangkang menang.

Selain soal jerebu.

Berlaku jawab menjawab antara Annuar, Aziz Sheikh Fadzir, Shahbuddin Yahya (Tasek Gelogur) bagi pihak BNBBC manakala Anwar, Rafizi, Khalid Samad, Fuziah Salleh bagi pihak pembangkang.

Anwar dalam perbahasannya menafikan dakwaan bahawa tindakan membahas titah Yang Dipertuan Agong, yang menyeru agar semua pihak menerima dan menghormati keputusan PRU13, merupakan satu penderhakaan.

Sebaliknya, beliau menjelaskan, perbahasan itu dilakukan bukan untuk menderhaka tetapi sekadar memberi teguran.

"Apa saya kata, saya kata titah Tuanku saya junjung kasih... tetapi Tuanku juga berhak diberi bukti dan fakta bahawa Tuanku harus menimbangkan pandangan sebahagian daripada rakyat. Kalau tak jelas, kami dalam Pakatan akan bawa bukti dan persembahkan pada istana negara," katanya lagi.

Sebelum itu, Aziz Sheikh Fadzir membangkitkan sama ada pembangkang memberi gambaran bahawa Yang Dipertuan Agong Tuanku Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah semalam membaca titah berkenaan dalam keadaan tidak faham, secara dipaksa atau terpaksa.

Perkara itu timbul ekoran kenyataan Anwar semalam, bahawa titah Yang di-Pertuan Agong upacara perasmian sidang Parlimen ke-13 bukan satu arahan kepada Dewan Rakyat.

Sebaliknya, ia hanyalah pandangan yang diusulkan dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk pihak kerajaan bagi membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan, katanya.

Perbahasan panas apabila Annuar Musa yang diberi laluan oleh Anwar bertanya, sebagai orang yang pernah mengganggotai Kabinet, Anwar tentu faham prosedur yang dilaksanakan berhubung Titah Yang Di Pertuan Agong.

Menurut Annuar, soal Titah Yang Di Pertuan Agong tidak boleh dibahaskan dalam Dewan Rakyat tidak timbul sama sekali, namun yang dibangkitkan oleh MP-MP BN adalah komen-komen memperlekeh ucapan Agong seolah-olah ucapan BN yang dibuat oleh MP-MP pembangkang dalam laporan media hari ini.

"Soal perbahasan dalam Dewan Rakyat tidak timbul, tetapi komen-komen dalam media itu yang disebut memperlekeh Titah Yang Dipertuan Agong," kata Annuar.

Anwar dalam ucapannya meminta orang kuat bola sepak Kelantan itu menamakan siapa yang beliau maksudkan memberi komen pada media.

Sementara itu, Anwar yang bercakap soal jerebu sempat dibidas kerana tidak sensitif dengan masalah kesihatan rakyat apabila menyokong dan menggalakkan penyokong pembangkang menyertai perhimpunan Black 505 di Padang Merbok Sabtu lalu.

"Permatang Pauh tidak langsung prihatin kepada masalah jerebu apabila bersetuju dan mengarahkan orang ramai berhimpun di Padang Merbok.

"Nampaknya Permatang Pauh seperti berat sebelah menyalahkan pihak kerajaan, tetapi di pihak Permatang Pauh sendiri melakukan kesalahan kepada rakyat," kata Shabudin Yahaya yang bangun mencelah.

Dalam perbahasannya, Anwar menyalahkan kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak menasihatkan Seri Paduka supaya menyentuh mengenai keadaan jerebu yang melanda negara menerusi titah baginda.

Pembangkang pada Sabtu lalu menganjurkan perhimpunan yang dikenali sebagai Black 505 di Padang Merbok bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) di ibu negara dilaporkan tidak sihat.

Anwar mengambil masa lebih dua jam dalam perbahasannya yang bermula dari jam 3.30 petang sehingga terpaksa dihentikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee pada jam 5.50 petang.

Perbahasan Anwar sebagai ketua pembangkang tidak ditetapkan masa dan akan bersambung pagi Khamis.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana