Anwar Desak SPR Letak Jawatan, Tapi.....

Semasa berucap di perhimpunan Blackout 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada petang Sabtu lepas, Anwar Ibrahim terus mengulangi gesaannya supaya Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR meletakkan jawatan masing-masing.

Menurut Ketua Umum PKR itu, kedua-duanya telah gagal menjalankan tanggungjawab memastikan ketelusan pilihan raya terutama dalam isu dakwat kekal yang menyebabkan mereka hilang kelayakan untuk mengendalikan SPR.

Pada 3 Jun 2013 selepas selesai mesyuarat pimpinan tertinggi pembangkang, Anwar menjadikan pula alasan banyaknya petisyen pilihan raya yang difailkan sebagai punca perlunya SPR meletakkan jawatan.

Sebelum itu, yakni pada 7 Mei 2013 politikus yang sama jugalah menuntut SPR yang ada sekarang digantikan dengan satu suruhanjaya yang baru kerana katanya ia penting untuk menjamin ketelusan, bebas dan adil dalam mengendalikan pilihan raya.

Jika segala alasan dan bantahan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang itu dijadikan sandaran, kita boleh tafsirkan selagi mana keanggotaan dalam SPR masih kekal orang yang sama maka Anwar dan PR akan memboikot mana-mana pilihan raya sehinggalah tuntutannya dipenuhi.

Itu logik bagi orang yang waras, tapi logik sedemikian langsung tak terpakai bagi politikus hipokrasi dan gila bermain propaganda seperti Anwar, kerana semalam tanpa sedikit pun rasa segan silu tiba-tiba sahaja Anwar menyuarakan keyakinan PRK itu adalah peluang terbaik untuk pakatan pembangkang yang diketuainya.

Hakikatnya, sampai sekarang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR tetap orang yang sama, anggota panelnya begitu juga namun Anwar kelihatan begitu teruja untuk melihat PAS menyertai PRK DUN Kuala Besut yang tentu sekali akan dikendalikan oleh SPR.

Secara tersiratnya, bila Anwar menyokong PAS menyertai PRK DUN Kuala Besut itu maksudnya pengiktirafan terhadap SPR. Segala desakan menuntut SPR letak jawatan terus hilang seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Gayanya selepas PRK DUN Kuala Besut selesailah gamaknya baru Anwar sambung semula desakan supaya SPR letak jawatan. Haru betul.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana